Bagaimana Penciptaan Komik Bermula Hingga Jadi Antara Naskah Termahal Di Dunia?

Trending

Bagaimana Penciptaan Komik Bermula Hingga Jadi Antara Naskah Termahal Di Dunia?

Komik seperti gila-gila,ujang,doraemon,pedang setiawan,dewata raya,dragon ball,slam dunk dan pelbagai jenis lagi sebelum ini pernah mewarnai kehidupan kanak-kanak,remaja serta juga di kalangan dewasa pada era 80an dan 90an dahulu.

Advertisement

Dek perubahan zaman, kebanyakan orang boleh membaca komik secara online yang terdapat dalam pelbagai versi. Komik online yang paling popular adalah dari Jepun dan ia dikenali sebagai manga.

Ramai penerbit filem telah menggunakan watak-watak adiwira dari komik untuk difilemkan.

Boleh dikatakan perubahan evolusi terhadap watak komik dapat dilihat dari kemunculannya di komik sehingga ianya difilemkan.

Watak-watak seperti Batman,Superman,Spiderman,Iron Man,X-Man,Captain America dan pelbagai lagi superhero yang disukai ramai ini semuanya telah difilemkan.

Filem yang dihasilkan untuk watak superhero ini adalah amat menarik untuk ditonton.

Walaupun filem superhero ini sangat popular pada masa ini, namun sebenarnya mempunyai peminat dari bermulanya kewujudan komik tersebut.

Pencipta Komik

Para pengkaji mendapati komik yang tertua di dunia adalah bertajuk The Adventures of Obadiah Oldbuck yang diterbitkan di Eropah pada tahun 1837.

Walaupun kelihatan seperti buku bergambar namun para pengkaji sepakat menganggap ianya sebagai buku komik yang pertama.

Pengarang buku tersebut adalah Rudolphe Topffer yang berasal dari Switzerland yang secara meluasnya dianggap sebagai perncipta cerita bergambar dan komik berjalur.

Buku komik Amerika yang pertama seperti Funnies on Parade telah diterbitkan pada tahun 1933.

Menjadi satu trend dan menyebabkan ramai penerbit membuat komik berjalur pada akhbar harian.

Tidak lama kemudian permintaan terhadap komik sangat tinggi hingga ramai kartunis yang bercita-cita untuk menghasilakan karya yang gempak.

Ia tidak mengambil masa yang lama dalam industri buku komik yang baru berkembang dan menjadi kegilaan ramai orang.

Zaman kegemilangan buku-buku komik bermula dengan watak pertama dalam Action Comics #1 pada tahun 1938 iaitu watak Superman yang dihasilkan oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster.

Superman adalah watak buku komik paling dikenali sepanjang masa.

Superman komik yang sangat popular dan memberi inspirasi kepada karyawan lain untuk mencipta pelbagai watak dengan mempunyai pelbagai kuasa.

Penggemar buku komik boleh membaca buku komik yang memaparkan watak dari berlainan karakter seperti Captain America, Batman, Green Lantern, Wonder Woman, Flash,Captain Marvel dan pelbagai lagi setelah kemunculan komik Superman.

Buku komik masih popular sehingga hari ini.

Buku komik lama ataupun klasik boleh menjadi sangat berharga dan bernilai.

Komik Action Comics #1 yang membawa watak Superman adalah komik paling berharga di dunia.

Pada tahun 2014, salinan komik klasik itu dijual pada harga lebih daripada 3 juta dollar. Sekalis menjadikan harga komik yang paling mahal di dunia.

Sumber : Iluminasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...