Bagaimana Nak “Bersihkan” Duit KWSP Sebelum Digunakan? Pemuda Ini Tunjuk Cara “Bersihkan” Dividen KWSP

Trending

Bagaimana Nak “Bersihkan” Duit KWSP Sebelum Digunakan? Pemuda Ini Tunjuk Cara “Bersihkan” Dividen KWSP

Rakyat Malaysia telah sedia maklum tentang penukaran akaun simpanan, Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), dari konvensional kepada akaun simpanan shariah.

Advertisement

Ianya bertujuan memastikan simpanan atau pelaburan ada mematuhi syariah, kerana diuruskan dan dilaburkan mengikut akad.

Namun, mungkin ada yang tidak sempat menukarkan kepada akaun shariah atas faktor wang dah diperolehi sebelum wujudnya simpanan shariah ini. Sebahagian dari duit tersebut sudah pasti haram, kerana dividen sebelumnya yang menggunakan simpanan konvensional.

Namun, permasalahan ini ada penyelesaiannya, di mana kita boleh ‘membersihkan’ dividen yang ada supaya dapat digunakan secara telus. Saudara Nik Mohd Fahmi ada perkongsian ringkas mengenai , cara ‘membersihkan’ dividen. Mari kita baca perkongsiannya.

Ramai kawan-kawan penjawat awam yang tanya macam mana nak bersihkan duit KWSP.Saya dah buat jadi saya nak kongsi caranya. Begini, penjawat awam yang skim pencen akan dapat surat skim pencen, biasanya lepas 3 tahun.

Bila dapat surat skim pencen tu, kita boleh pergi ke pejabat KWSP untuk keluarkan duit dalam akaun milik kita. Duit tu kita akan dapat lepas beberapa proses di KWSP. Selain tu, kita juga akan dapat surat dari KWSP yang menjelaskan berapa jumlah dalam akaun KWSP kita.

Tapi duit tu sebenarnya perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum kita gunakan, disebabkan dividen KWSP sebelum ini sebahagiannya adalah haram.

Untuk memudahkan kawan2, saya buat cara pengiraan ringkas untuk bersihkan dividen haram dalam duit KWSP yang kita dapat. Senang je nak kira. Tengok pengiraan kat bawah ni sambil rujuk surat yang dihantar oleh pihak KWSP.

CARA BERSIHKAN DIVIDEN HARAM

70% x dividen = Hasil yang perlu dibersihkan

Contoh :

70% x RM 843.73* = RM590.61

* Dividen yg boleh dikeluarkan oleh ahli (rujuk surat)

CARA KIRA ZAKAT KWSP

2.5% x (Jumlah KWSP yang boleh dikeluarkan – Hasil dividen yang haram) = Jumlah
2.5% x (RM19597.37 – RM590.61)* = RM475.17

* Rujuk surat

Nota :

1. Hasil dividen haram ni boleh disedekahkan kepada adik beradik miskin, fakir miskin atau saudara mara miskin, badan kebajikan, masjid, anak yatim, aman palestin dan sebagainya.

2. Zakat KWSP ni khilaf (ulama berbeza pandangan), sebahagian ulama kata tak perlu, sebab belum cukup haul (tempoh setahun). Tapi kalau nak beri, boleh diberi kepada pusat zakat atau asnaf.

3. Kalau pengeluaran KWSP kurang dari nisab (tahun ni nisab lebih kurang RM13000), maka tak wajib zakat. Jumlah nisab ni sentiasa berubah dan boleh rujuk laman web zakat negeri masing-masing.

4. Pembersihan ni wajib dibuat untuk elakkan kita guna duit yang haram. Tapi bagi yang dah tukar skim syariah, tak perlu lagi guna pengiraan ni.

Semoga bermanfaat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...