Bagaimana Mengesan Tanda-Tanda Awal Anak Kita Dilahirkan Sebagai ‘Autism’ Atau Tidak

Trending

Bagaimana Mengesan Tanda-Tanda Awal Anak Kita Dilahirkan Sebagai ‘Autism’ Atau Tidak

Ramai bertanya berkenaan bagaimana saya dan isteri boleh kesan anak autism ? Agak meletihkan untuk beri jawapan atau jawap persatu pada setiap individu.

Advertisement

Jadi saya ambil keputusan untuk tulis status ini bagaimana saya dan isteri dapat kesan anak saya autism walaupun pada awalnya saya tak tau mengenai autism.

Ibrahim di diagnose dah di sahkan autism pada 30.11 pada usianya 3 tahun 1 bulan.

Pada awalnya tak berapa perasan sebab ibrahim anak sulung dan fizikalnya normal dan pembesaran fizikalnya normal. Dengan izin Allah usaha mak mertua untuk bawa cucunya di diagnose lah membawa Ibrahim kepada pakar.

Sebelum di diagnose, Mula-mula perasan dan agak pelik bila…

1- Usia Ibrahim 2 tahun hingga tarikh di diagnose langsung tak mengeluarkan suara walaupun pada usia nya setahun sudah keluar beberapa perkataan.

2- Apabila di panggil tiada sahutan dan tidak menoleh.

3- Tidak bermain permainan lego(bricks) yang di beli dan bermain dengan cara yang tak sepatutnya walaupun sudah di ajar beberapa kali.

4- Main permainan seperti lori , kereta dengan cara agak pelik. Main tayar, sembunyi dan susunkan semuanya bawah sofa.

5- Selalu bangun malam. Biasa pukul 2 pagi terjaga hingga 4/5 pagi dan adakala hingga ke subuh. Apa dia buat ? Bermain sendirian, melompat-lompat kadangkala ketawa sendirian kadangkala menangis sendirian tanpa sebab.

6- 2 minggu pertama di skool(nursery) hampir semua rakan di gigitnya. Pada ketika usianya 2 tahun 4 bulan.

7- Bila bercakap dengan dia tiada eye contact.(Kita sedang cakap dengan dia tapi dia tengok tempat lain)

Di atas adalah antara tanda / sign Ibrahim hingga membawa saya untuk hantar untuk ibrahim di diagnose.

Selepas di diagnose saya termenung lama dan merenungi perjalanan ibrahim dari sejak dia lahir. Rupanya tanda autism itu sudah ada sejak dia dari bayi lagi. Antaranya :

1- Dia adalah baby yang paling senang jaga. Menangis ketika lapar je. Lepas kenyang tido.

2- Meraung-raung ketakutan apabila isteri on blender untuk memasak. Apabila usianya setahun lebih, wajah dan cara ketakutan yg sama saya perasan bila dengar mesin rumput.

3- Ibrahim adalah baby yang tak pernah jatuh katil walaupun sekali. Semasa dah pandai meniarap dan merayap serta merangkak dia akan rasa dahulu sebelum turun katil.(Bijak kan ?)

Usia setahun-2 tahun

4- Flapping hand ketika usianya setahun lebih dengan sangat kerap.

5- Suka berjalan dengan jinjit kaki. Berulang-ulang kali.

6- Suka berpusing-pusing ikut kipas. Berulang-ulang kali.

7- Mula mengeluarkan words pertama iaitu bi (abi), nek(nenek) , nak, jukk (sejuk)- kemudian ketika umur 2 tahun hilang terus.

8- Nak makan atau meminum sesuatu dia rasa test di hujung lidah dulu. Kalau lembik dia tak akan makan. Kalau panas atau kelat, tawar dia tak akan minum.

9- Suka main bawah meja, bawah kerusi.

10- Trauma dengan air.

11- Ketawa dan menangis tanpa sebab. Tiba-tiba ja.

12- Tak bermain di playground.

13- Kerap bangun malam

14- Tak bermain bersama sepupu-sepupunya yang sebaya.

15- Jika nak makan dia akan bawa pinggan kepada saya atau umi dia. Jika nak minum dia akan bawa bekas air kepada kami.

Umur 2 tahun- 3 tahun

16- Langsung takde suara. Senyap je.

17- Segala permainan, peralatan semuanya akan di masukkan dan di susun bawah sofa.

18- Gila bermain dengan atv dia dan bola.

19- Menangis dan ketawa sendirian tanpa sebab.

20- Peralatan yg bergerak seperti kipas berdiri di kerjakannnya hingga patah bilah nya. Sebab suka sangat dengan angin.

21- Masih trauma dengan air. Air paras lutut sudah mengigil satu badan.

22- Flapping hand dengan lebih kerap.

23- Gigit kawan2 nursery yg mengganggu dia. Dan gigit yg satu jenis paten budak – chubby + putih.

24- Tak boleh duduk diam walau sesaat. Kecuali penat dan tido.

25- Suka memanjat. Pernah asingkan kerusi dari meja. Tapi dia pandai pilih kerusi. Dia ambil kerusi ringan di guling-gulingkan ke meja kemudian panjat.(bijak kan?)

26- Tiada eye contact. Suka melarikan mata.

27- Sukar di pegang.

28- Agak mudah tantrum. Bila tantrum melompat-lompat, guling-guling dan pernah menghantuk kepalanya di dinding.

29- Jika jatuh teruk , dia hanya menangis kurang 10 saat. Kemudian main semula.

30- Tidak bermain bersama sepupu-sepupunya. Buat hal dia ja.

31- Tukang ‘kemas’ rumah. Cadar, alas meja semua, baju semua di selongkarkan. Segala benda atas meja akan di turunkannya.

32- Jalan suka jinjit. Pijak rumput jinjit. Pegang daun hujung jari. Mengelak dari badan kena daun pokok.

33- Suka berpusing-pusing ikut kipas siling rumah. Dan suka pusing-pusing mengelilingi badan kita. Berulang-ulang kali.

34- Tak pandai bermain di playground even main gelongsor dan naik buaian pun.

35- Tidak ikut aktiviti di skool. Tapi tak kacau orang. Buat hal dia sendiri. Hanya baik dengan certain teacher ja.

36- Kerap bangun malam. Biasa jam 1 atau 2 pagi bangun dan berjaga hingga 4,5 atau kadang2 sampai lepas subuh baru tidur semula.

Saya harap terjawab soalan bagi yang bertanya.

Pastikan M-chart anak di buat dengan betul dan bawalah anak cepat-cepat ke pakar yang berkaitan (pakar kanak-kanak dan bukan semua pakar kanak-kanak boleh mengesahkan anak anda autism).

Jika ada tanda-tanda autism yg common seperti speech delay, tak bersosial, kerap flapping, ketawa atau menangis tanpa sebab, tiada eye contact dan repetitive action, Silalah bawa untuk di diagnosis segera.

Sesudah di diagnose jika sah autism apply lah kad OKU secepatnya sebab bukan untuk ibu bapa tapi untuk kebajikan anak untuk di terima di pusat-pusat intervensi awal kerajaan.

Swasta ada cuma agak tinggi kosnya.

Salah satu yang termurah bawa ke NASOM. Jika mampu bawa ke pusat swasta yang kadarnya di antara 2k-3k sebulan untuk half day, bagi saya tiada masalah. Cuma still, the best terapis (terapi OT, ST, Daily routine dan diet) untuk anak2 autism kita ini adalah Ibu Bapa sendiri.

Jika anak sudah di diagnose sah autism, perkara pertama sekali buatlah sujud syukur dan belajar terima nya seadanya serta tidak membandingkan dengan kanak-kanak lain sbb anak autism berbeza dengan kanak-kanak tipikal(normal).

Kemudian joinlah grup Autisme Malaysia, ramai teman sekasut anda ada di situ pinjam bahu mereka.

Jika perlu nangis, nangislah semahunya dalam doa anda.

Mengadulah dengan sepenuh jiwa kepada yang Maha Mendengar ,Maha mengetahui, Maha memahami lagi Maha penyayang..InshaAllah bantuanNya akan tiba tepat pada ketika kita memerlukannya.

Pakar pengkaji belum jumpa punca sebenar terjadinya autism.

Jadi, bukanlah mudah untuk menerima dengan redha anak autism bagi ibu bapa, apatah lagi orang luar (apatah lagi apabila dengar cerita dari mulut parent yg mengajar anak autism dia, didik hanya untuk mandi berdikari sendiri.

Dari buka baju sampai pakai baju semula mengambil masa setahun).

Segala tekanan, stress kita sama-sama kembalikan kepada yang Maha menjadikannya. Dia Maha perancang dan perangcangNya yang terbaik untuk kehidupan kita bersama anak autism yang memerlukan 25-40 jam seminggu terapi.

Yang paling nyata sekali.

Allah sayang kita semua dan kita cintailah Allah semahunya kerana hanya Dia yang tahu atas anugerahNya ini. Pasti Allah sedang menyiapkan sesuatu yg terbaik untuk kita di dunia ini.

Jadikan ini sebagai platform untuk menjadikan Allah bertambah sayang kepada kita sekeluarga.

Kejar syurgaNya. Dapatkan redha dan rahmatNya kerana pasti Allah sediakan balasan yang sebaik-baiknya dan Bukan kah syurga itu sebaik-sebaik balasan ?

Alhamdulillah kini Ibrahim sudah banyak kemajuannya cuma masih perlu banyak lagi yg perlu dilakukan untuk Ibrahim. Jika ada yang ingin menambah di persilakan sebab setiap satu anak autism itu berbeza-beza. Every single one is unique.

To Parent Yang Mempunyai Anak Autism. You are the best parents i have ever met in my entire life. You are Special. You are super natural parents ! Keep it up !

Hopefully me and my wife can be strong as strong as you gais and learn as much as we can from you gais. I still have looonngggg journey to walk, play and learn with my autism son with Allah permitted. Thank you for everything. May Allah bless you very very much !

Kredit : Abdul Malek MB

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...