Bagaimana Malaysia Tersepit Diantara Pertembungan China Dan USA Di Laut China Selatan Ketika Ini

Trending

Bagaimana Malaysia Tersepit Diantara Pertembungan China Dan USA Di Laut China Selatan Ketika Ini

Semalam, Amerika Syarikat telah menghantar dua kapal perang ke Laut China Selatan selepas dilaporkan berlakunya pencerobohan oleh kapal milik China di kawasan perairan Malaysia.

Dua kapal perang iaitu USS America dan USS Bunker Hill digerakkan ke perairan Malaysia menurut laporan Angkatan Laut AS.

Tindakan ini diambil disebabkan pencerobohan yang dilakukan Haiyang Dizhi 8, kapal milik China yang berada terlalu hampir dengan kapal eksplorasi Malaysia, West Capella. Kapal milik Malaysia dikatakan sedang menjalankan aktiviti penggalian dan pencerobohan dilakukan oleh China ini dilaporkan sudah beberapa hari di situ.

Advertisement

Bukan kali pertama

kapal Haiyang Dizhi 8

Selain Malaysia, ini bukanlah kali pertama China menceroboh kawasan perairan negara-negara lain seperti Vietnam, Indonesia dan beberapa negara lain.

Pada Jumaat lalu, kapal Haiyang Dizhi 8 dilaporkan memasuki kawasan perairan Malaysia diekori oleh 10 kapal lain dari pasukan China.

Pada penghujung tahun 2019, kapal yang sama juga dilaporkan telah memasuki kawasan perairan Vietnam. Namun, China kemudian menafikan ianya adalah pencerobohan malah mendakwa hanya menjalankan kerja-kerja penyelidikan sahaja.

Mengulas mengenai insiden terbaru yang berlaku di Malaysia, China mengkritik tuduhan Amerika Syarikat yang diberikan kepada mereka.

laut china selatan

Tindakan Amerika Syarikat menghantar dua kapal perang juga dikritik oleh China kerana dianggap keterlaluan dan tidak perlu.

Pada saat seluruh dunia sedang menghadapi penularan wabak COVID-19 ini, tindakan China yang cuba menceroboh kawasan perairan negara lain tidak menyenangkan hati Amerika Syarikat terutamanya.

Amerika Syarikat menuduh China cuba mengambil kesempatan di atas situasi yang dihadapi dunia sekarang ini.

Keputusan Amerika Syarikat untuk menghantar dua kapal perang adalah bagi menghentikan tingkah laku ‘buli’ yang dilakukan oleh China kepada negara lain.

Bantuan kepada Malaysia

kapal-perang-amerika-uss-bunker-hill

Kerajaan Amerika Syarikat telah mengesahkan kedudukan mereka berada tidak jauh daripada West Capella yang dilaporkan masih lagi berlayar di kawasan perairan milik negara.

Manakala, jurucakap tentera Amerika Syarikat menyifatkan bantuan ini sebagai salah satu tanda sokongan kepada Malaysia.

Amerika Syarikat menyokong usaha sekutu dan rakan kami untuk menentukan kepentingan ekonomi mereka sendiri.

Untuk makluman, kapal Haiyang Dizhi 8 milik China telah memasuki perairan Malaysia pada 16 April 2020 yang lalu.

Perkara ini turut disahkan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zubil Mat Som yang memaklumkan mengenai kehadiran kapal penyelidik China ini.

Tetapi tidak dapat dipastikan apakah tujuan utama kapal tersebut dihantar ke perairan itu. Menurut pakar, bantuan dua kapal perang yang dihantar oleh Amerika Syarikat bukanlah disebabkan permintaan daripada Malaysia.

Ianya lebih kepada usaha Amerika Syarikat untuk menekan kembali pengaruh China yang dilihat semakin berani melakukan provokasi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...