Bagaimana Lazada Akhirnya Berjaya Memonopoli Pasaran E-Commerce Di Asia Tanggara

Trending

Bagaimana Lazada Akhirnya Berjaya Memonopoli Pasaran E-Commerce Di Asia Tanggara


Credit Photo : ecommerceiq

Ketika ini, laman jualan Lazada semakin dikenali di Asia Tenggara. Hampir ramai penggemar “window shopping” turut menjadi antara pembeli utama di Lazada.

Advertisement

Mungkin dikalangan kita ada yang belum tahu, di awal penubuhannya, Lazada sebenarnya dibangunkan oleh syarikat Rocket Internet.

Baca : Bagaimana “Rocket Internet” Buat Keuntungan Berbillion Ringgit Dengan Menciplak Syarikat Lain

Laman jualan Lazada bukanlah satu idea asal tetapi merupakan klon mirip kepada laman web Amazon yang popular. Dengan wujudnya Lazada, objektif utama sudah tentu untuk menjadi kuasa terkuat pasaran e-commerce di Asia Tenggara.

Halangan Disebalik Lazada

1. Kuasa pembeli dikalangan penduduk Asia Tenggara jauh lebih rendah jika dibandingkan penduduk di Amerika Syarikat.

2. Cuma 1 % sahaja pengguna internet membeli secara dalam talian berbanding 10% di Amerika Syarikat pada tahun 2012.

3. Mereka menghadapi kesukaran untuk menghantar barangan terutamanya ke kawasan pedalaman.

Lazada Atur Strategi

1. Mula meniru gaya Amazon dengan mempunyai gudang sendiri ketika dilancarkan pada tahun 2012 hingga barangan yang dijual di laman web Lazada menjadi terhad berdasarkan stok yang ada di gudang mereka.

2. Memberi peluang kepada orang persendirian atau syarikat luar untuk membuka kedai digital pada tahun 2013. Langkah ini adalah bijak kerana sebanyak 65% peningkatan dicatatkan hasil dari jualan kedai-kedai digital yang mendaftar.

3. Penyertaan pelaburan dari syarikat Alibaba yang terkenal di pasaran China. Mereka menganggap untuk memperluaskan lagi pasaran dalam Asia Tenggara dengan memilih Lazada adalah satu tindakan yang tepat. Masuk bulan Mac 2016, pendapatan tahunan Lazada makin meningkat yang dilaporkan mencecah $1.36 billion.

4. Bulan April tahun 2014, syarikat Alibaba Group bertindak dengan membeli saham di Lazada. Hasil pembelian saham itu, Alibaba Group menjadi pemegang terbesar saham di Lazada. Dengan potensi yang dilihat semakin berkembang, Tesco turut mengikut jejak langkah yang sama dengan membeli saham Lazada.

5. Dengan pemilikan Lazada oleh Alibaba Group, ia turut membantu dan memudahkan peniaga-peniaga dari China memasarkan produk mereka ke serantau Asia Tenggara. Malah, penghantaran secara pukal turut membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan percuma untuk atau pada kos yang begitu rendah.

Terkini, anda juga boleh nampak laman Taobao telah ada di laman web Lazada. Taobao adalah platform barangan-barangan yang dijual di China dan kini boleh dibeli oleh orang di Malaysia menerusi laman web Lazada Malaysia.

Source : Techniasia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...