Bagaimana Kaedah Betul Gunakan Penghawa Dingin Yang Menjimatkan Elektrik ?

Trending

Bagaimana Kaedah Betul Gunakan Penghawa Dingin Yang Menjimatkan Elektrik ?

Seminggu dua ni, memang ramai yang mengeluh dek kepanasan melampau sedang melanda negara kita. Malah akan menyebabkan penggunaan eletrik meningkat disebabkan penggunaan penghawa dingin secara berpanjangan.

Advertisement

Memang laku sangat siapa yang jual aircond masa ni.’Rezeki’ buat mereka.

Dalam keasyikan menggunakan penghawa dingin dek kepanasan melampau ni, ketahui cara untuk jimatkan penggunaan bil eletrik. Jangan sampai bil nanti, mengeluh panjang pula.

Jom baca perkongsian lelaki ini mengenai cara untuk mengoptimumkan penggunaan penghawa dingin tanpa risau dengan bil eletrik yang tinggi.

Ikuti kisah beliau yang dikenali sebagai Nael Sahlan.

Bulan lepas terima bil elektrik, yang mana penggunaannya meningkat sebanyak 150% dari kadar penggunaan biasa. Ini mungkin disebabkan terlalu kerap menggunakan penghawa dingin semenjak cuaca panas melampau melanda negara ini.

“Panas sangat cuaca di luar tu,”

Lalu saya cuba mencari cara untuk mengoptimumkan penggunaan aircond agar tidak terlalu banyak menggunakan tenaga elektrik, melalui laman enjin pencarian Google. Antara jawapan dan teori yang agak menarik saya dapat ialah:

Set aircond pada mode ‘Dry’. Untuk makluman, kompresor aircond akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.

Apabila anda menggunakan mode ‘dry’, auto suhu paling rendah digenerate oleh kompresor aircond adalah 25°C.

Maka kompresor aircond tidak akan menggunakan terlalu banyak tenaga elektrik. Apa yang penting ialah, bilik anda tetap rasa sejuk dan nyaman walaupun aircond ditetapkan pada mode ‘dry’.

Kalau anda tetapkan suhu ‘Cool’ 16°C, penggunaan tenaga elektrik secara maksimum akan berlaku.

Namun, tahap kesejukan udara yang anda perolehi tetap sama dengan tetapan auto ‘dry’ bersuhu 25°C. Ianya terkumpul + waktu malam suhu semakin menurun sehingga subuh.

Jangan risau, Allah memang ciptakan badan kita agar dapat menyesuaikan badan dengan suhu persekitaran. Sebab itu, orang yang duduk di Iceland itu relaks saja walaupun suhu di bawah -°C.

Ini kerana badan mereka sudah terbiasa dengan suhu persekitaran.

Itu sajalah perkongsian saya, semoga bermanfaat. Cubalah dulu, kalau tak sejuk juga, maksudnya anda perlu membeli aircond baru inverter. Confirm jimat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...