Bagaimana Cara Yang Betul Peniaga Boleh Buat ‘Target Sale’ Tanpa Merompak Duit Bisnes?

Trending

Bagaimana Cara Yang Betul Peniaga Boleh Buat ‘Target Sale’ Tanpa Merompak Duit Bisnes?

Bagi seorang peniaga online mahupun offline, hasil jualan adalah sangat penting. Malah untuk memastikan hasil jualan memberi perubahan, seharusnya kita meletakkan target bagi melihat perubahan dalam akaun kita.

Advertisement

Bukan sekadar bermain nombor pada mulut tanpa mendokumentasikannya.

Inilah ‘masalah utama’ yang berlaku pada para peniaga hari ni.

Mereka gagal untuk meletakkan target jualan setiap hari. Justeru,seorang wanita tampil memberi perkongsian berguna kepada semua peniaga di luar sana bagaimana untuk meletakkan target jualan dengan betul.

Jom baca perkongsian beliau..

Bahaya Kalau Tak Buat Kira Kira Macam Ini, Korang Boleh Hilang RM4920 Macam Itu Je!

Kebanyakkan usahawan mesti tak tahukan macam mana nak target sales dengan tepat dan betul. Kita buat bisnes setiap hari, namun bila di bahagian nombor je terus jadi ‘blur’ tahap maximum!

Bukan apa, Lia risau sebenarnya bisnes kita buat ni tahap baik ke atau tahap kita kena pergi klinik jumpa dengan doktor (umpama mentor).

Kalau kurang baik tu, bawa bawa la diri jumpa dengan mentor anda minta mereka bantu selesaikan masalah dalam bisnes tu. Kan.

Jom belajar sikit buat kira kira, tengok sebenarnya berapa setiap hari anda kena buat sales.

Kalau lebih dari target, Alhamdulillah sangat tu. Kalau kurang, kena topap untuk esok harinya pula. Kita tengok contoh di bawah ni ya. Jangan lupa ambil pen dan kertas tau.

1. Pertama sekali, anda perlu list kan semua perbelanjaan bulanan anda.

Sebelum ni mesti tak pernahkan list kan? Contoh di bawah ini,

Restock : rm3000
Internet : rm100
Dapur : rm500
Kereta : rm600
Ibu : rm200
Belanja : rm100
Topup : rm100

2. Dah puas list kan di atas itu, kemudian anda perlu campurkan semua list di atas itu.

Contoh di atas totalnya adalah RM4,600 sebulan. Jadi kita dah tahu di sini berapa sebulan kita keluarkan untuk perbelanjaan.

3. Dari total di atas itu, kita perlu bahagikan kepada 4 dan 7.

Kenapa 4 dan 7 Lia? Okay, 4 sebab minggu, 7 sebab hari. Simple je. Kan. Kita ambil contoh di atas tadi ya.

RM4,600 ÷ 4 ÷ 7 = RM164 .

Bila dah bahagi tu, dapat kita punya ‘magic number’. Berapa? Jawapannya ialah RM164. Jadi RM164 ini lah sales setiap hari yang kita wajib capai. Minimum mesti RM164 tau. Boleh boleh?

4. Ambil pen pensil azimat anda tu, dan pinjam la pembaris kat adik adik yang sekolah tu, cakap kakak nak pinjam sekejap buat garis garis ni dik.

Sebelum ni kan tak pernah atau tak biasa nak buat kotak kotak. Kan. Apa yang perlu anda buat, buat kotak 4 x 7 seperti contoh gambar di bawah ini.

5. Di setiap kotak tu, anda perlu isi sales yang anda perlu capai setiap hari.

Untuk contoh sekarang ni, anda perlu isi RM164 pada setiap dalam kotak tu. Dah tulis dah RM164? Kita nak pergi ke step seterusnya.

6. Dari kotak itu anda boleh monitor sales anda setiap hari tau.

Kalau dapat sales RM164 atau tak ada sales langsung ke, atau tiba-tiba terkurang dari RM164 ke atau hari tu dapat rezeki banyak lebih dari RM164 kan, tulis di bahagian atasnya. Nak faham lebih lanjut lagi, rujuk gambar please.

7 . Katakan bila dah selesai minggu tu kita catat atau rekod dalam kotak tu, anda perlu totalkan sales yang anda buat.

Contohnya, Total sales hanya dapat RM944 . Sedangkan total keseluruhan yang perlu di capai setiap minggu adalah RM1,148. Alamak! Kurang RM204 ni.

Macam mana ni? Apa nak buat?

8. Jangan risau, jangan putus asa. Allah kan ada. La Tahzan Innala Ma’ana.

Berdoa dan minta bersungguh-sungguh padaNya. Kita masih ada lagi minggu seterusnya. Anda perlu teruskan perjuangan pada minggu kedua pula ya.

9 . Tiba minggu kedua, tengok sales kita lebih dari target yang sepatutnya kita perlu capai.

Sepatutnya perlu dapat RM1,148 jer, namun Alhamdulillah dapat RM1,500 sales. Jadi di sini anda ada lebih RM352. Best ke best? Bila kita nampak bisnes kita berjalan dari hari ke hari dengan baik.

Kemudian, apa nak buat dengan duit lebih itu? Jawapannya anda boleh tampung hari apa yang kurang pada minggu pertama itu, iaitu RM204.

Dari situ, kan ada baki RM148, dengan baki ini baru lah kita boleh guna untuk menyimpan dalam ASB atau Tabung Haji dan apa-apa yang bermanfaat untuk masa depan.

Di sini Lia nak tambah sikit kenapa pentingnya kita perlu buat kira kira seperti di atas ini?

Bila kita buat kira kira macam ini, secara tak langsung kita dah ada pon matlamat hari-hari.

Bila kita bangun pagi tu, minda dan ‘RAS’ kita dah tahu berapa minima nombor yang perlu kita capai pada hari tersebut. RAS maksudnya Recticular Activation System, boleh search google ya.

Kita akan lebih berhati-hati daripada terguna duit modal untuk rolling. Bila kita dah listkan komitmen bulanan, itu saja yang kita perlu bayar.

Selebihnya itu baru boleh guna. Apa-apa pon, please jangan rompak duit bisnes ya. Wajib asingkan duit bisnes dan duit peribadi.

Fuh. Panjang ni, anda yang baca sampai habis ni faham ke faham ni?

Kalau baca saja tanpa praktik, memang takkan faham. Perlu buat pada bisnes masing-masing ya. Lia harap perkongsian Lia ini dapat membantu anda semua dan memperoleh manfaat dengan baik. InshaaAllah

Sumber: Nur Aliah Mohd Nor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...