Bagaimana Bidang Sukan Berjaya Buatkan FBT Dikenali, Hingga Jadi Penaja Rasmi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Trending

Bagaimana Bidang Sukan Berjaya Buatkan FBT Dikenali, Hingga Jadi Penaja Rasmi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Pada tahun 1950, Kamol Chokephaibulkit bekerja sebagai pembaiki bola yang yang tinggal di Thailand. Tugasnya adalah menjahit bolasepak yang sudah rosak yang dimain oleh pekerja asing barat yang bekerja di sana dengan tangan menggunakan benang dan jarum, supaya dapat digunakan semula. Kebanyakan bola pada waktu itu datang dari Jerman dan kemahiran membaiki bola tidak ramai yang ada, pada orang tempatan.

Advertisement

Hasil kemahiran yang dibentuk itu, Kamol dapat idea membuat sendiri bola yang diperbuat daripada tangan. Dengan menjadikan sebuah tokong di Sapan Leung sebagai pusat operasi, idea Kamol membuat sendiri bola semakin menjadi kenyataan.

Di awal pembabitannya, Kamol cuma mampu menghasilkan 2 ke 3 biji bola sahaja sehari. Walaupunbagaimanapun, hasilnya amat menggalakkan. Setiap biji bola yang disiapkan berjaya dijual satu per satu dan perniagaannya mula membesar sikit demi sedikit.

Pada 1952, atas desakan permintaan, Kamol telah menubuhkan Football Thai, sebuah syarikat membuat bola yang diperbuat daripada kulit dan kedainya terletak di daerah Latkrabang. Syarikatnya memang dari awal dinamakan Football Thai. Kamol berkata, tujuannya menubuhkan syarikat tersebut kerana dia mahu rakyat Thailand bermain bolasepak menggunakan bola sebenar dan bukan lagi tempurung kelapa.

Untuk 30 tahun pertama penubuhan Football Thai, syarikatnya tidak mengeluarkan bola menggunakan jenama sendiri. Football Thai mula mendapat kontrak dengan sebuah syarikat Jerman untuk membuat bola melalui perjanjian Original Equipment Manufacturer, di mana Football Thai adalah pembuat tetapi jenama pasarannya adalah di bawah syarikat Jerman tersebut.

Selepas 30 tahun penubuhannya, bermula tahun 80-an, Football Thai mula mengeluarkan produk dengan jenama sendiri yang menggunakan singkatan FBT.

Football Thai kini tidak lagi membuat bola untuk syarikat pembuat bola Jerman tetapi masih lagi terus menjadi pembekal OEM kepada beberapa jenama terkenal seperti jenama Mikasa dan Mizuno, dua pelanggan terbesar bagi Football Thai.

FBT telah menjadi jenama terkenal di seluruh dunia menerusi program-program penajaan yang kerap dijalankan.

Di Thailand sahaja, sebelum ini FBT menjadi penaja keseluruhan liga bolasepak Thailand. Namun kini FBT hanya menjadi penaja kepada liga Divisyen 2 Thailand selepas tempat mereka diambil alih oleh Nike, atas faktor-faktor potensi pemasaran yang lebih luas.

Di Malaysia, jersi yang menggunakan jenama FBT cukup sinonim dengan pasukan Kedah, namun kini pasukan Felda United menggunakan jersi buatan FBT sebagai pakaian rasmi mereka, selepas banyak pasukan menukar kepada jersi jenama lain. Sempena Sukan Sea ke 29 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur, FBT telah dilantik sebagai penaja rasmi kejohanan dan akan membekalkan tajaan pakaian dan alatan untuk lebih 20,000 sukarelawan dan pegawai yang bertugas.

Ketika ini Kamol Chokephaibulkit telah menjangkau berusia lebih 80 tahun, namun masih lagi merupakan pemilik tunggal Football Thai dan bertindak sebagai Presiden kepada syarikat. Tugas pengurusan semuanya kini dipertanggungjawabkan kepada anak beliau.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...