Bagaimana Anda Mulakan Hari Anda?

Hiburan

Bagaimana Anda Mulakan Hari Anda?

Ingat tak lagi tahun lepas (2014), Nescafe telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia mengalirkan air mata apabila berkongsi video mereka yang bekerja ketika kita sedang lena diulik mimpi. Pegawai polis, pemandu teksi, pemandu bas dan ramai lagi yang berjaga malam sehingga pagi untuk memastikan kita bangun pada pagi yang hebat. Memang power video tersebut. Bergenang air mata Abang Nara.

Untuk kali kedua berturut-turut, pada 1hb 2015, ketika hampir kesemua rakyat Malaysia bercuti sempena tahun baru, Nescafe sekali lagi telah pergi merakamkan detik-detik awal pagi buat mereka yang bekerja pada hari tersebut. Ada pakcik-pakcik penghantar suratkhabar, penebar roti canai, pemandu teksi dan ramai lagilah. Terharu melihat kesungguhan mereka bangun awal pagi untuk memastikan kelangsungan hidup diri sendiri dan orang lain.

Advertisement

Menghargai penat lelah dan usaha mereka di sebalik tabir ini,Nescafe turut sama memberikan mereka secawan Nescafe di awal pagi untuk memberikan lebih kesegaran dan bertenaga. Barulah lebih ceria untuk buat kerja lepas dapat minum Nescafe. Abang Nara pun setiap pagi kena minum Nescafe dulu baru ada mood nak update blog. Rasa-rasanya ramai jugak pembaca BeautifulNara yang macam tue kan?

nescafe

Apa pun, terima kasih Abang Nara ucapkan kepada mereka yang bangun awal pagi. Mereka ini ialah ‘unsung hero’ yang tak dikenali tetapi amat penting. Semoga dikurniakan tenaga untuk terus bekerja. Segalanya bermula dengan Nescafe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...