Bagaimana Amjad, Penggodam Muslim Dari Palestin Guna Kepakarannya Hingga Diiktiraf Oleh Amerika Syarikat

Trending

Bagaimana Amjad, Penggodam Muslim Dari Palestin Guna Kepakarannya Hingga Diiktiraf Oleh Amerika Syarikat

Amjad Nayef Mahmoud, seorang penggodam yang berasal dari Palestin telah diberi pengiktirafan oleh pihak Amerika Syarikat baru-baru ini dan turut tersenarai diantara penerima kepujian dari Kementerian Pertahanan negara itu.

Advertisement

Memetik kenyataan dari portal Universiti Terbuka Al-Quds, Amjad telah berjaya menemui beberapa kelemahan “Cross-Site Request Forger” (CSRF) yang bakal mengakibatkan akaun ejen Pentagon itu diceroboh dengan begitu mudah.

Walaubagaimanapun, pelajar IT itu tidak menggunakan kelemahan sistem untuk kepentingan peribadi malah beliau telah membantu Pentagon dengan memberitahu pihak kerajaan AS mengenai kelemahan itu untuk diperbetulkan sebelum terlambat.

Amjad juga sebelum ini pernah melakukan perkara yang sama iaitu menemui beberapa kelemahan sistem dalaman di 50 laman web berpengaruh seperti facebook, google, western union dan master card.

Amjad juga digelar “White Hat” hacker yang bermaksud golongan penggodam beretika untuk menggodam mencari kelemahan yang ada disesebuah laman web yang berstatus besar milik kerajaan atau sesebuah syarikat serta melaporkannya untuk diperbaiki dan meningkatkan lagi sistem keselamatan.

Dalam pada masa yang sama, Amjad juga berhasrat untuk mencurahkan segala ilmu yang dimilikinya dalam bidang ini kepada orang Palestin sebagai langkah perlindungan dari sebarang serangan siber.

Source : Al-Quds Open University

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...