Bagaimana 5 Cara Ini Boleh Elak Gambar Anda Disalahgunakan Di Media Sosial

Trending

Bagaimana 5 Cara Ini Boleh Elak Gambar Anda Disalahgunakan Di Media Sosial

Media sosial pada hari ini sebenarnya banyak kebaikan. Namun ada juga segelintir yang memanipulasi kelebihan media sosial ke arah yang sebaliknya.

Disebabkan itulah kita sebagai seorang pengguna perlu sentiasa mengawal dan memastikan keselamatan bahan yang dimuatnaik oleh kita sendiri.

Advertisement

Antara bahan yang perlu diberi perhatian adalah gambar yang mana mungkin boleh disalahgunakan oleh sesetengah pihak.

Ada juga kes wajah anda tiba-tiba menjadi profil orang lain yang berniat jahat.

Mungkin mahu menjadi ‘scammer’ atau apa saja kegiatan jahat yang boleh menyebabkan imej pemilik wajah asal tercalar.

Nak tahu sama ada gambar anda ada di mana-mana laman web ataupun laman lucah? Ini lima cara mudah.

1. Buat carian dengan mengggunakan nama anda

Tak kira lah sama ada guna nama betul atau nama sebenar mahupun kedua-duanya sekali, hasil carian harus dipastikan sama ada betul anda sendiri yang muat naik atau orang lain yang melakukannya.

Anda boleh gunakan Yahoo!, Google, Bing ataupun meta search engine seperti Dogpile.com. Terpulang apa jua enjin carian yang anda suka atau nak betul-betul pasti, gunakan kesemuanya sekali.

2. Buat carian menggunakan Google Image Search.

Hasil carian dengan menggunakan nama sahaja kadang-kadang nampak biasa, tapi cuba klik pada tab Image pada Google Search.

Mungkin anda akan terserempak dengan gambar anda pada pautan yang tidak ingin anda lihat.

Nak lagi berkesan, muat naik gambar anda dan biar Google Image Search tengokkan sama ada atau tidak muka anda di laman web yang tak pernah anda gunakan.

3. Cari diri sendiri di Pipl.com

Laman web www.Pipl.com menggunakan teknik ‘deep search’ khas untuk mencari individu, personaliti mahupun orang perseorangan di laman-laman web lain.

Taip nama anda dalam kotak carian (search box) dan anda akan mendapat hasil carian seperti pautan dan gambar.

4. Cari gambar anda di TinEye.com

Laman web TinEye mengkhusus dalam pencarian imej berdasarkan imej contoh yang dimuat naik pengguna. Layari www.tineye.com, muat naik satu gambar anda sebagai contoh dan biarkan algoritma TinEye mengorek alam siber ini untuk memastikan gambar anda tidak digunakan oleh mana-mana laman yang tidak berkenaan.

5. Guna Google Alerts
Sekarang mungkin tidak ada gambar anda yang digunakan oleh mana-mana laman yang mengerikan. Namun jika anda masih suka memuat naik gambar di laman sosial, di masa hadapan mungkin ada selfie anda yang terkena.

Gunakan Google Alerts (www.google.com/alerts) supaya anda akan dimaklumkan jika gambar atau nama anda dimuatkan di mana-mana laman web.

Buatlah alerts untuk nama penuh, nama panggilan dan kata kunci (contohnya hashtag #minahmalaya) yang selalu anda gunakan untuk menggambarkan diri anda.

Kami berharap kita semua lebih peka dan berhati-hati dan dapat elakkan diri dari menjadi mangsa ‘pencabulan’ di media sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...