Bagai menjadi trend baharu di laman sosial apabila bila video “Lathi Challenge” yang memperlihatkan transformasi wajah biasa kepada karakter seorang puteri sebelum bertukar menjadi hantu mendapat perhatian penyanyi Faiza Tahir.
Menurutnya beliau menganggap aksi berkenaan bertentangan dengan ajaran islam dan hanya sekadar perkara yang membuang masa.
Tambahnya lagi, golongan yang beragama Islam melakukakn aksi berkenaan dilihat bagai tidak memikirkan soal pahala dan dosa terhadap aksi tersebut.
Faizal berkongsi perihal tersebut menerusi laman Twitter miliknya.
https://www.instagram.com/p/CBCpt3oJQUg/
“Anda fikir Allah akan tanya anda tentang perkara itu bila anda bertemu dengannya pada hari penghakiman.”
Faizal juga dilihat menyeru orang ramai untuk berfikir dahulu sebelum melakukan aksi berkenaan. Malah beliau seakan mempersoalkan kebaikan apa yang diperoleh dan mampu diberikan kepada masyarakat berikutan cabaran video berkenan.
“Jangan membabi-buta ikut semua benda yang orang lain buat disebabkan ia merupakan trend.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Faizal. Malah perkongsian itu juga mendapat reaksi ramai pihak dan beranggapan cabaran itu adalah sesuatu perkara yang sia-sia.
https://www.instagram.com/p/CA0GLkDjHey/
Terdahulu, pelakon Mawar Rashid merupakan antara selebriti tempatan yang berkesempatan melakukan cabaran tersebut. Menurut Mawar, penghasilan video itu menelan masa kira-kira 16 jam sebelum dikongsi bersama peminatnya di laman Instagram. Sehingga kini, video yang dipamerkan di laman berkenaan telah mencecah lebih satu juta tontonan.