Pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa terharu dan sebak kerana kerja-kerja amal yang diusahakan oleh dirinya bersama suami, Azfaizul Ahtan sudah pun mencecah usia setahun lebih.
Noorkhiriah yang menubuhkan Pertubuhan Amal Nur By Khiriah difahamkan telah banyak memberi bantuan berupa pengurusan jenazah secara percuma kepada orang yang memerlukan.
Ujar pelakon drama Nur ini lagi, pada mulanya mereka bermula dengan hanya sebuah van jenazah dan kini sudah mencecah 4 buah secara keseluruhan.
Bila kenang balik, rasa hendak menangsi, seperti mimpi buat semua ini. Bermula dengan borak-borak dengan suami pada Perintah Kawalan Pergerakan 1, kemudian keluarkan duit ASB untuk tukarkan kereta jadi van jenazah, tiba-tiba sudah setahun lebih @pertubuhanamalnurbykhiriah.
Perkara tersebut diluahkan aktres itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Kata Noorkhiriah, dia pada awalnya turut berasa bimbang untuk memulakan pertubuhan amal tersebut namun ditenangkan oleh suami.
View this post on Instagram
Tambah ibu kepada dua orang anak itu, mereka berdua bersyukur kerana usaha murni memberi servis pecuma daripada urusan mandi, kafan, solat sehingga ke urusan perkuburan mereka yang memerlukan itu dipermudahkan malah rezekinya juga semakin melimpah ruah.
Dia juga memaklumkan bahawa sepanjang terlibat dalam usaha amal itu, pelbagai kisah kematian telah dihadapi sehingga Noorkhiriah tidak berani untuk membuka galeri telefon bimbit sang suami kerana serik.
Noorkhiriah dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar usaha mereka dipermudahkan dan dapat membantu lebih ramai orang tidak kira status di masa akan datang.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.