Pelakon baharu, Badron Munirah mendedahkan dirinya pernah ditawarkan menjadi sugar baby atau ‘anak ikan’ oleh individu tidak dikenali dengan habuan mencecah RM100,000.
Menurut Badron atau nama sebenarnya Mohammad Nur-Badron Munirah Rio Abdillah, 26, tawaran itu diterimanya ketika baru sahaja mula melibatkan diri dalam industri seni.
Jelasnya kepada Oh Bulan!,
Pernah ada yang tawarkan RM100,000 untuk jadi sugar baby. Cuma saya tak pasti sama ada individu itu lelaki atau perempuan. Waktu tu memang rasa sangat takut sebab masih baru dalam bidang seni. Saya ada cerita pada kawan, minta pandangan mereka, tapi akhirnya saya tak layan kerana benda tu menakutkan.
Katanya lagi, dia tidak membuat laporan polis kerana tawaran tersebut hanya dibuat secara dalam talian dan bukannya secara bersemuka.
Pelakon muda ini turut berkongsi pengalaman menerima mesej berunsur lucah di Instagram selepas memuat naik beberapa foto yang menampakkan separa badan. Ujarnya,
Ada yang hantar mesej nakal, siap mengaku dia ‘bottom’ dan nak berkenalan. Malah, ada juga yang kirim gambar tak senonoh serta ajak buat perkara tidak bermoral. Kebanyakannya lelaki, tapi saya tak pernah layan atau balas.
Dalam perkembangan kerjaya, Badron kini membintangi drama bersiri ‘Putri & Prince’ terbitan Viu arahan Liyana Jasmay, bersama barisan pelakon muda lain termasuk Nesa Idrus, Khayrisyah Kemal, Adriana Adnan dan ramai lagi.