Bade Tidak Tahu Erma Fatima Lakukan Permohonan Cerai

Hiburan

Bade Tidak Tahu Erma Fatima Lakukan Permohonan Cerai

Semalam, kita digemparkan dengan berita dimana pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima telah melakukan permohonan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Hj Azmi ataupun lebih dikenali sebagai Bade setelah 24 tahun mendirikan rumah tangga. Berita ini agak mengejutkan kerana sebelum ini Erma nampak tenang dan tidak mempunyai masalah dengan madunya Aida Abdul dan menerima baik anak Bade bersama Aida iaitu Jihad.

Advertisement

Sebutan kes cerai mereka telah diadakan semalam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, tetapi Bade telah gagal untuk menghadirkan diri dan pihak mahkamah telah membenarkan Erma untuk menghantar notis amaran terhadap suaminya itu.

Walaubagaimanapun, Bade dalam satu kenyataan kepada portal mStar Online berkata beliau tidak hadir pada sebutan kes tersebut kerana beliau tidak tahu mengenai permohonan cerai yang dilakukan oleh Erma. Malah, beliau tidak mendapat panggilan ataupun makluman daripada mana-mana pihak mengenai hal berkenaan.

Ditanya jika Bade bersetuju dengan permohonan cerai yang dibuat oleh Erma, beliau nampaknya tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

Saya tak pernah dapat call dari mana-mana peguam (mengenai) hal ini. Tak dapat nak komen lagi (mengenai hal itu).

Sebutan pertama kes permohonan cerai yang difailkan oleh Erma Fatima di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Khamis terpaksa ditangguhkan selepas Bade gagal menghadiri prosiding berkenaan. Kes berkenaan akan disebut semula 10 Ogos depan.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...