Badan Yang Kekurangan Vitamin D Mungkin Lebih Mudah Dijangkiti #Coronavirus

Trending

Badan Yang Kekurangan Vitamin D Mungkin Lebih Mudah Dijangkiti #Coronavirus
  • Vitamin D ialah vitamin penting yang menyumbang kepada anggota badan berfungsi secara optimum
  • Apabila badan kekurangan vitamin D, sistem imun menjadi lebih lemah
  • Ini menyebabkan badan anda tidak cukup kuat untuk melawan virus dan penyakit, termasuk coronavirus

Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan masalah tulang badan. Ini kerana fungsi utama nutrien ini ialah untuk mengekalkan tahap fosforus dan kalsium dalam darah pada paras normal. Ia juga membantu badan menyerap kandungan kalsium dalam makanan, yang kemudiannya diproses untuk memperkuatkan dan mengekalkan kesihatan tulang anda.

Bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa Vitamin D bukan saja penting untuk kesihatan tulang, tetapi ia membantu memperkuatkan sistem imun, dan kekurangan nutrien ini boleh meninggikan risiko anda dijangkiti coronavirus.

Advertisement

Coronavirus dan kekurangan Vitamin D

Coronavirus jenis baru, kini dipanggil COVID-19 yang dipercayai berasal wilayah Wuhan di China, kini menyebabkan masalah kesihatan dan ekonomi global.

Pakar mengatakan, coronavirus ialah penyakit jangkitan pernafasan dengan simptom serupa dengan selsema. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana ini berkait dengan kekurangan vitamin D.

Kajian berbentuk pemerhatian sebelum ini mendedahkan perkaitan antara jangkitan saluran pernafasan seperti bronkitis dan selsema dengan kekurangan Vitamin D.

Selain dari memperkuatkan tulang anda, satu lagi fungsi Vitamin D ialah mengekalkan sistem imun yang kuat. Sistem imun yang kuat boleh melawan bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit dengan lebih berkesan.

Hasil Kajian

Kajian menunjukkan Vitamin D berinteraksi secara langsung dengan sel tubuh yang bertanggungjawab melawan jangkitan, iaitu sel-T pembunuh. Disebabkan ini, jika badan kekurangan Vitamin D, kebarangkalian untuk anda dijangkiti coronavirus adalah tinggi.

Vitamin D dipanggil vitamin cahaya mathari kerana ia dibuat apabila cahaya matahari terkena kulit anda. Ini bermakna, anda perlu mendapat pendedahan secukupnya kepada cahaya matahari untuk badan mengeluarkan vitamin D dengan cukup.

Malaysia sebagai negara yang berada dekat dengan garisan Khatulistiwa, ialah antara negara yang paling dekat dengan matahari. Rakyat Malaysia mempunyai akses kepada cahaya matahari yang banyak dan berterusan sepanjang tahun.

Mungkin sebab itu, kita sepatutnya menghabiskan lebih masa di luar rumah, dan memastikan kulit kita terkena cahaya matahari supaya badan tidak kekurangan Vitamin D.

Ini mungkin akan membantu rakyat Malaysia melawan dan membendung coronavirus. – amazingnara.com via Ibtimes

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...