Badan ‘Sado’ Tidak Semestinya Boleh Bawa Watak Aksi, Fizz Fairuz Sindir Hairul Azreen?

Hiburan

Badan ‘Sado’ Tidak Semestinya Boleh Bawa Watak Aksi, Fizz Fairuz Sindir Hairul Azreen?

Pelakon senior Datuk Fizz Fairuz, menerusi akaun Instagramnya ada meluahkan pendapat bahawa tidak semua orang mampu untuk memegang watak dalam sebuah filem aksi dengan baik.

fizz fairuz

Advertisement

Bentuk badan sasa bukanlah perkara yang penting tetapi mutu lakonan haruslah bergerak seiring bagi memastikan sesuatu watak aksi itu lebih “hidup” dan mampu menarik minat penonton.

fizz fairuz sindir hairul azreen

Apa yang dikatakan oleh Fizz itu seolah memberikan gambaran realiti yang berlaku dalam industri hiburan sekarang, dimana populariti dan bentuk badan lebih utama berbanding bakat.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, rata-rata netizen membuat spekulasi Fizz sebenarnya menujukan ‘posting’ itu kepada pelakon Hairul Azreen yang umum mengetahui sudah membintangi banyak filem aksi.

fizz fairuz sindir hairul azreen

Fikir positif sahaja, mungkin luahan pendapat itu secara umum sahaja dan tidak ditujukan buat sesiapa. Namun, harus diakui untuk filem aksi seseorang itu harus memberikan komitmen tinggi selain lakonan yang mantap, baru dapat memikat hati penonton.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...