Badan Penuh Birat! Kanak-Kanak 9 Tahun Dipukul Ibu Tiri Sebab Tak Faham Buku Latihan

Kehidupan

Badan Penuh Birat! Kanak-Kanak 9 Tahun Dipukul Ibu Tiri Sebab Tak Faham Buku Latihan

Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun telah mendedahkan perbuatan kejam ibu tirinya kepada seorang guru di sekolah Bandar Dungun.

Menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak yang juga merupakan seorang pelajar di sekolah berkenaan tidak dapat menahan sakit dipukul oleh ibu tirinya.

Advertisement

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu telah membuat aduan kepada seorang guru ketika sesi perhimpunan di sekolahnya pada pagi Isnin.

Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, seorang guru perempuan telah membuat pemeriksaan pada badan mangsa.

Namun, apa yang mengejutkan ialah hasil pemeriksaan mendapati bahagian belakang kanak-kanak itu cedera dan penuh lebam dipercayai dipukul dengan objek keras.

Siasatan mendapati, terdapat 11 kesan pukulan di bahagian belakang mangsa serta kesan lebam dan cedera di bahagian tangan kanan serta di bahagian kedua-dua belah peha.

tiri

Kejadian itu dipercayai berlaku di rumah dan perbuatan ibu tirinya itu disaksikan oleh kakak mangsa berusia 15 tahun yang juga OKU lembam.

Mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik hasil perkahwinan bapanya dengan arwah ibu mereka.

Ibu tirinya dipercayai memukul mangsa kerana gagal memahami pembelajaran latihan yang diajar olehnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

seks
10 months ago

Terlalu 'Caring' & Suka Kongsi Masalah Rumah Tangga, Pekerja Sepejabat Akhirnya Kantoi Buat S*ks Dalam Kereta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...