Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun telah mendedahkan perbuatan kejam ibu tirinya kepada seorang guru di sekolah Bandar Dungun.
Menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak yang juga merupakan seorang pelajar di sekolah berkenaan tidak dapat menahan sakit dipukul oleh ibu tirinya.
Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu telah membuat aduan kepada seorang guru ketika sesi perhimpunan di sekolahnya pada pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, seorang guru perempuan telah membuat pemeriksaan pada badan mangsa.
Namun, apa yang mengejutkan ialah hasil pemeriksaan mendapati bahagian belakang kanak-kanak itu cedera dan penuh lebam dipercayai dipukul dengan objek keras.
Siasatan mendapati, terdapat 11 kesan pukulan di bahagian belakang mangsa serta kesan lebam dan cedera di bahagian tangan kanan serta di bahagian kedua-dua belah peha.
Kejadian itu dipercayai berlaku di rumah dan perbuatan ibu tirinya itu disaksikan oleh kakak mangsa berusia 15 tahun yang juga OKU lembam.
Mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik hasil perkahwinan bapanya dengan arwah ibu mereka.
Ibu tirinya dipercayai memukul mangsa kerana gagal memahami pembelajaran latihan yang diajar olehnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.