Badan Menggigil Adalah Simptom Baru Yang Dikesan Pada Pesakit COVID-19

COVID-19

Badan Menggigil Adalah Simptom Baru Yang Dikesan Pada Pesakit COVID-19

Sehingga harini wabak pandemik COVID-19 masih lagi bermaharajalela. Apa yang menyebabkan virus ini sukar untuk ditangani adalah kerana terdapat pelbagai gejala baru dan ianya berbeza untuk setiap orang yang dijangkiti.

Baca: Pakar Mendapati Bahawa ‘Covid Toes’ Kemungkinan Boleh Menjadi Simptom Baharu COVID-19

Advertisement

Terbaru, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan senarai tambahan bagi simptom COVID-19 di mana selain batuk, demam, sesak nafas, sakit otot, sakit tekak dan hilang deria rasa serta bau, gejala ‘menggigil’ juga merupakan simptom yang dikesan ada pada pesakit COVID-19.

Simptom COVID-19 dilaporkan boleh berubah seiring dengan perubahan masa.

Gambar hiasan

Difahamkan, istilah ‘menggigil’ yang dimaksudkan adalah merujuk pada perasaan dingin tanpa sebab yang jelas, malah perasaan itu akan datang sendiri tanpa berada di kawasan yang berhawa dingin atau terdah kepada cuaca sejuk.

Dijelaskan lagi, seseorang akan merasakan perkara ini akibat otot-otot mereka berulang kali mengembang dan pembuluh-pembuluh di kulit pula mengecut.

Untuk pengetahuan anda, ianya juga boleh berlaku secara berkala atau berterusan sehingga 1 jam lamanya.

Bagaimana badan boleh menggigil jika dijangkiti COVID-19?

Gambar Hiasan

Simptom menggigil ini boleh juga berlaku atas sebab lain kerana tubuh badan kita sedang melawan kuman yang sudah melepasi kawasan paru-paru dan kemudiannya menuju ke salur darah untuk merebak ke seluruh organ badan kita.

Sama seperti demam selesema yang lain, tubuh kita memang akan mula bertindak balas dan akan berasa sejuk secara tiba-tiba. Namun, ia sebenarnya untuk membantu sistem imun masuk dengan lebih cepat dan berfungsi dengan lebih baik.

Bagaimanapun, berdasarkan 55,924 kes di China, sejak tarikh virus ini pertama kali ditemukan hingga 22 Februari, hanya 11.4 peratus pesakit COVID-19 dilaporkan mempunyai simptom ini.

Penyebab lain badan seseorang itu akan rasa menggigil juga mungkin disebabkan masalah jangkitankuman seperti selesema, meningitis, sinusitis, radang paru-paru, radang tekak, malaria atau jangkitan pada saluran kencing.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang penjelasan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan perkara ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...