Badan Makin Tegap, Rakan Artis Hampir Tak Kenal Fezrul Khan

Hiburan

Badan Makin Tegap, Rakan Artis Hampir Tak Kenal Fezrul Khan

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pelakon lelaki tempatan dilihat rajin ke gimnasium untuk mendapatkan sosok badan yang sasa. Dan tidak ketinggalan ialah pelakon kacak, Fezrul Khan Junaidi.

Sebelum ini, Fezrul telah memuat naik gambar pelakon dan penyanyi berbadan sasa Korea Selatan, Rain Bi, memberitahu bahawa pelakon itu mengamalkan makan ikan sahaja untuk mendapatkan badan yang sasa.

Advertisement

Kemudian, Fezrul memuat naik satu gambarnya tidak berpakaian dan ketegapan badan Fezrul sebenarnya tak kalah dengan badan Rain Bi. Bagaimanapun, dia tidak makan ikan sahaja seperti Rain Bi, malah mengamalkan pemakanan yang biasa diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Namun begitu, apa yang menarik, rakan-rakan selebriti telah meninggalkan komen memuji badan Fezrul malah pelakon Siti Fazurina Mohd Famir memberitahu dia hampir tidak mengenali Fezrul dengan badan sasa tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Ramai selebriti meninggalkan komen di gambar Fezrul, malah ada yang mengimpikan untuk jadi sepertinya.

Boleh dikatakan, berbadan tegap bagi pelakon lelaki memungkinkan mereka mempunyai peluang lebih besar untuk dipertimbangkan sebagai pelakon utama pilihan produksi tempatan.

Apa pun tahniah diucapkan buat Fezrul. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...