Selepas bersalin, wanita memang agak sukar untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dan kurus, tetapi selebriti popular Elfira Loy nampaknya dapat menurunkan berat badan secara drastik dan tampil sangat menawan persis anak dara.
Badannya yang semakin langsing selepas melahirkan anak sulungnya Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober lalu, sememangnya mencuri tumpuan ramai. Rata-rata netizen memuji Elfira kelihatan lebih cantik dan ‘hot’.
Namun, kata Elfira bukan mudah untuk menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram berbanding sebelum ini. Dia sangat disiplin bagi mendapatkan bentuk badan idaman dan mengamalkan memakai bengkung pada jangka masa lama walaupun ketika tidur.
Saya amalkan pantang cara tradisional dan memang betul-betul ikut setiap rutinnya. Sekarang sudah pun selesai pantang. Setiap hari rutinnya sama, saya amalkan bertangas, bertunku dan sebagainya. Malah pakai bengkung memang 10 jam sehari tu memang pakai saja, tidur pun pakai.
Dari segi pemakanan saya memang jaga. Tempoh 44 hari itu saya amalkan makanan khas ibu berpantang. Kemudian, tambah lagi seminggu berpantang. Itu inisiatif sendiri.
Kagum betul dengan Elfira, memang perlukan dedikasi dan disiplin tinggi untuk dapatkan bentuk badan ideal. Hasilnya dia lebih anggun dan cantik.
Huh
December 4, 2019 at 7:45 pm
Btul..akupun sorang anak kurus dulu….dh msuk 40an..hahaha….tpi x leh lwan che ta kot..yg langsing tu
eton
December 4, 2019 at 12:48 pm
kejap je ni. nanti naik balik. hahahahah
dai farhan
December 4, 2019 at 11:10 am
jangan la nk kecam,,,ni la hasilya sb tu kne pantang betul2.. bkn tak pantang tapi dalam pantang tiada org jaga, semua buat sendiri yg ni sb org jaga pantang xbuat apa jaga anak jaga bdn,, l nk bini cantik dlm pntang kelua duit bg mkn upah org jaga kn,, mesti meletop bini kau,,
Anonymous
December 3, 2019 at 10:49 pm
ank br sorg lekk r..tggu ank 3 ke atas?. mmg maintain tp punggung nmpk laa lebor sikit
Anonymous
December 3, 2019 at 7:20 pm
Ape nak hairan, orang kaya banyak duit, pergi gym, sauna, pergi pusat world slim, tak adelah die 24 jam nak jaga anak kat rumah, bau kepam..