“Badan Elok Tak Tunjuk Rugilah” – Sut Melekap Dikritik, Aliff Syukri Sengaja Nak Tayang Badan Sasa

Hiburan

“Badan Elok Tak Tunjuk Rugilah” – Sut Melekap Dikritik, Aliff Syukri Sengaja Nak Tayang Badan Sasa

Sedia maklum, baru-baru ini MV Raya keluaran usahawan kosmetik sensasi, Datuk Aliff Syukri mendapat kecaman hebat daripada para netizen.

Bukan saja suaranya dipertikai, penampilan dalam muzik video tersebut turut dipertikai kerana tidak melambangkan perayaan Aidilfitri.

Advertisement

Tidak mendiamkan diri, Aliff atau nama sebenarnya, Aliff Syukri Kamarzaman berkata dia memilih untuk memakai sut melekap di badan kerana ingin menayang badannya yang tegap serta sasa.

Katanya, pakaian tersebut bukan menyerupai sut menyelam ataupun sut keluang man tetapi ia diinspirasi daripada Power Rangers.

Bagi saya fesyen itu universal, kenapa Aina Abdul pakai pelik-pelik netizen boleh terima? Apa kurang saya? Bila badan dah elok tak tunjuk itu rugilah, badan saya lawa.

Dalam pada masa yang sama, usahawan itu turut bertegas bahawa semua pihak berhak untuk berfesyen dan tidak menjadi kesalahan selagi bukan berbogel.

Sekadar info, walaupun muzik video raya berjudul Chu Ku Chuk Raya menerima kecaman hebat daripada para netizen, ia tetap trending di YouTube dan berada di kedudukan kelima biarpun sudah enam hari MV itu dilancarkan.

lagu raya aliff syukri
1 year ago

"Baju Tu Tak Seksi & Tak Bogel" - Aliff Syukri Anggap MV Lagu Raya Tiada Isu, Hanya Sekadar Seni

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...