Baru-baru ini, tular satu video di platform media sosial yang memaparkan seekor kucing betina ‘berjaya’ menyelamatkan diri selepas terperangkap di dalam dryer di kedai dobi.
Kucing terperangkap dalam dryer 10 minit
Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Singapura, di mana kucing terbabit kini berada di bawah jagaaan Persatuan Prevention of Cruelty to Animals (SPCA), selepas terperangkap selama 10 minit sebelum dikeluarkan.
Pelanggan yang dilaporkan menggunakan dryer tersebut tidak menyedari kucing itu dalam pengering yang digunakan ketika memasukkan pakaiannya.
Menurut hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sayang Our Singapore’s Community Cats, pelanggan tersebut menyedari kucing itu berada di dalam mesin ketika pengering berhenti selepas 10 minit.
Badan menggelatar, nafas tercungap-cungap
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, kucing tersebut tersadung keluar dari pengering dan badannya juga menggeletar sambil berjalan ke arah sudut kedai itu.
Video yang lain pula memaparkan kucing malang itu tercungap-cungap dan terbaring di atas lantai akibat berada di dalam pengering selama 10 minit.
Pengarah Eksekutif SPCA, Aarthi Sankar memaklumkan kucing terbabit selamat dan sedang dirawat oleh pihak SPCA.