Pelakon dan juga pengacara, Uyaina Arshad memberitahu bahawa dia telah mengalami ‘mental breakdown’ yang teruk sejak beberapa hari yang lalu.
View this post on Instagram
Ujar Uyaina, dia berasa negatif pada setiap masa dan mengalami masalah sukar tidur dan migrain yang teruk pada setiap masa.
Kata pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini lagi, dia juga merasa sangat penat dan berpeluh-peluh apabila menghadapi perasaan tersebut.
Dia dilihat telah berkongsikan mengenai perkara tersebut di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
View this post on Instagram
Tunang kepada Raja Syahiran itu walau bagaimanapun bersyukur kerana peminat serta pengikut media sosialnya banyak memberikan tips apabila menghadapi gangguan tersebut.
“Alhamdullilah I’m felling a lot better now. Apa yang Yana boleh kongsi adalah kita jangan menidakkan perasaan ini. Jangan supress atau pendam sorang-sorang. Luahkan dekat orang yang kita percaya..” nasihat Uyaina dalam hantarannya itu.
View this post on Instagram
Tambah Uyaina, setiap orang yang menghadapi masalah yang sama sepertinya supaya segera mendappatkan bantuan segera serta mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dan mencari sokongan daripada individu sekeliling.