Aktor baru yang sedang meningkat naik, Hariz Hamdan mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika sedang berada di set penggambaran sebuah drama.
Kata aktor muda berusia 21 tahun itu, gangguan tersebut dilakukan secara lisan dan sentuhan dan ia bukan sahaja daripada perempuan.
Gangguan sebegini, saya sedaya upaya untuk elak dan tak bawa perkara itu ke depan. Apa saya buat, anggap itu sebagai lawak sahaja supaya kedua-dua pihak tiada isu. Contohnya, mereka kata ‘badan awak sedaplah, boleh tak awak nak tut tut’.
View this post on Instagram
Tambahnya, dia jenis orang yang mudah dan sudah mempunyai mind set untuk bekerja dan berlaku jadi dia tidak mencampurkan hal tersebut dengan kerja.
Ujar Hariz lagi, selepas menerima gangguan sebegitu dia mengambil langkah menjauhkan diri daripada kelompok yang sebegitu dan elak berjumpa dengan mereka.
Tidak pernah mendedahkan hal itu, Hariz berkata dia tidak gemar menyebarkan aib orang lain serta mahu menjaga namanya sebaik mungkin daripada sebarang gosip.