Badak Sumatera Kini Tinggal Nama

Trending

Badak Sumatera Kini Tinggal Nama

Badak Sumbu Sumatera adalah satu populasi haiwan  di Hutan Simpan Ulu Segama, Hutan Simpan Ulu Malua dan Rizab Hidupan Liar Tabin yang sudah tiada.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew berkata, kajian melalui kaedah menjelajah hutan itu tidak menemui kesan tapak kaki badak manakala perangkap kamera yang dipasang juga tidak merakam gambar haiwan berkenaan.

Advertisement

Kementerian saya melalui Jabatan Hidupan Liar menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Borneo Rhino Alliance dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia bagi menjalankan kajian di kawasan berkenaan yang dahulunya dikenal pasti mempunyai populasi Badak Sumbu Sumatera.

Kajian ini bermula sejak tahun 1978 ketika Fauna Survey of Sabah dimulakan dan masih dijalankan sehingga sekarang.

Bagaimanapun, kajian itu mendapati kawasan berkenaan tidak lagi mempunyai Badak Sumbu Sumatera.


Beliau menjawab pertanyaan mengenai adakah terdapat laporan mengenai penemuan tapak kaki Badak Sumbu Sumatera selepas 2016 dan apakah langkah yang dapat dilakukan untuk mengembalikan semula habitat badak berkenaan.

Bagaimanapun, Christina berkata, berdasarkan kajian itu, Hutan Simpan Ulu Segama dan Rizab Hidupan Liar Tabin masih lagi sesuai sebagai habitat Badak Sumbu Sumatera walaupun kawasan itu tidak lagi mempunyai populasi badak berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...