Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dini Schatzmann Pertahan Janna, -“Saya Tahu Awak Ada Kebaikan Dalam Hati Yang Susah Dijumpai..”

Janna Nick

Nampaknya belum habis lagi isu yang mengaitkan pelakon Janna Nick dan peminat irama K-Pop berlegar di media sosial. Sehingga ke hari masih ada lagi yang bercakap mengenai isu tersebut, hebat sungguh penangan peminat K-Pop ini!

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Advertisement

Meskipun dikecam teruk, Janna Nick dilihat telah mengaktifkan semua media sosialnya difahamkan kerana tuntutan kerja dan promosi drama setelah menyah aktif akaun Instagram dan Twitter  miliknya buat sementara waktu.

Berikutan itu, ramai rakan artis tampil memberi kata semangat menerusi sebuah foto yang dimuat naik Janna, semalam.

Tidak ketinggalan, kekasih hati Janna iaitu Dini Schatzmann dilihat turut menulis panjang lebar berupa kata-kata semangat dan mempertahankan buah hatinya itu.

Komen DiniSumber : Instagram Janna Nick  

Menurut Dini, Janna sebenarnya memiliki hati yang baik dan sentiasa berfikiran positif apabila berdepan ujian sebagai seorang artis.

Advertisement

“Penghujungnya hanya awak sendiri tahu niat dan isi hati awak. Orang yang rapat dengan awak lebih tahu siapa awak. Hanya Allah benar-benar mengetahui apa sebenarnya berada dalam hati awak, jadi jangan pernah berubah. Saya tahu awak punya kebaikan hati yang jarang ditemui. Awak positif dalam semua perkara, mengorbankan diri untuk menolong orang lain di sekeliling dan niat awak baik.”

Janna juga menulis dalam kapsyen foto tersebut yang sedikit sebanyak membayangkan apa yang terbuku dalam isi hati nuraninya setelah dihentam hebat beberapa hari yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Terdahulu, Janna telah menjadi sasaran netizen yang terdiri daripada peminat kumpulan nyanyian K-Pop, Black Pink sehingga wujud tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty. Ini berikutan pengacara Melodi ini telah mempersendakan nama bintang K-Pop, Lisa daripada kumpulan tersebut apabila salah satu watak dalam drama arahannya, Delen dikatakan telah menggunakan nama Lisa BlackPig.

Selain itu, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dirinya dengan kematian anggota kumpulan Shinee, Jong Hyun yang meninggal dunia pada 2017 yang lalu kembali diperkatakan setelah dikongsikan kembali oleh peminat-peminat K-Pop ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    February 26, 2021 at 10:38 am

    yo lah tu!

  2. Anonymous

    February 25, 2021 at 9:32 am

    pertahan la dah awek die. takkan nak kecam awek sendiri

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top