Susulan penyanyi dan pelakon, Amira Othman bakal mendirikan rumah tangga bersama aktor, Fattah Amin tidak lama lagi, rakan-rakan selebriti usrahnya ada mengadakan majlis ‘bachelorette’ versi muslimah.
‘Bachelorette Usrah’ untuk Amira teruk dikecam
Biarpun sekadar mahu berkongsi kegembiraan bersama, terdapat segelintir netizen yang mengecam susulan merasakan ia tidak selari dengan imej Islamik.
Nampaknya hal duniawi semuanya masih tak boleh nak tinggal. Nak kena menunggang ‘term’ agama supaya nampak kemuliaan ke macam mana?
Betty Rahmad bersuara, tak sangka jadi isu
Tampil bersuara mengenai hal tersebut, selebriti, Betty Rahmad tidak menyangka perkara tersebut menjadi sasaran kecaman netizen kerana merasakan tidak perlu diperbesarkan.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Betty berkata sebelum memilih nama ‘Bachelorette Usrah’, dia ada terfikir nama lain iaitu ‘Bachelimah’ yang memberi maksud ‘Bachelorette’ versi muslimah, namun merasakan nama itu tidak sesuai.
Tak sangka pula jadi isu. Tak apa, I take the blame. Salahkan ku.. Tolong salahkan ku.
Meninjau di ruangan komen hantaran penjelasan Betty itu, netizen kebanyakannya merasakan hal tersebut tidak salah, malah idea yang bagus kerana dapat mengajak orang ramai melakukan majlis ‘bachelorette’ versi halal.