“Bacaan Dah Lah Merangkak, Segan..” – Beberapa Kali Tolak Tawaran Rancangan Tadarus Al-Quran, Lisa Surihani Akui Masih Belajar

Hiburan

“Bacaan Dah Lah Merangkak, Segan..” – Beberapa Kali Tolak Tawaran Rancangan Tadarus Al-Quran, Lisa Surihani Akui Masih Belajar

Aktres jelita Datin Lisa Surihani sebelum ini belum setuju untuk tampil di mana-mana program bacaan al-Quran yang ditayangkan di televisyen kerana masih belum yakin dengan sebutan dan hukum tajwid.

Masih belajar

Tambah pelakon ini, dirinya menolak tawaran terdahulu yang diberikan dengan baik kerana dia masih mengambil inisiatif memperbaiki bacaannya dengan mengadiri kelas-kelas mengaji.

Advertisement

Beberapa kali tahun sebelum ini saya dipelawa sertai rancangan tadarus al-Quran dan saya tolak secara baik. Bacaan saya sudah lah merangkak, segan rasanya.

 

Saya sertai tadarus bersama jiran kawasan perumahan, mengaji secara online, sertai kelas tajwid dan kelas tadabbur.

Bakal tampil di rancangan

Namun demikian, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Lisa dilihat sedang di penggambaran sebuah rancangan baru yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.

Tambahnya, dia berharap penampilannya itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai dalam mendalami ilmu al-Quran.

Tahun ini saya berdoa, pasangkan niat dengan betul. Anggap ini satu kelas mengaji di mana bacaan dipantau oleh qari dan qariah dan betulkan mana-mana yang tersilap.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 months ago

"Ini Satu Penghinaan.." - Tidak Sensitif Guna Ayat Suci Al Quran Dalam Poster Filem Seram, FINAS Gesa Buat Penukaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...