July 13th, 2016

Membaca adalah jambatan ilmu. Abang Nara suka membaca. Dah tua-tua ini Abang Nara lebih suka baca majalah, suratkhabar dan juga penulisan di blog. Namun ketika muda remaja dulu, selalu juga Abang Nara beli novel untuk dijadikan bahan bacaan sebelum tidur. Setakat novel Lagenda Budak Setan tue Abang Nara dah khatam 5,6 kali. Hehehe.

novelplus

bergenang gak baca novel Ahadiat Akashah nie

Sekarang ini memang terlalu banyak novel Melayu di pasaran. Kalau nak beli kesemuanya, memang boleh habis duit gaji. Oleh kerana itu, hari ini Abang Nara nak perkenalkan satu applikasi yang diberi nama NovelPlus yang membolehkan kita membaca dan juga menerbitkan novel secara PERCUMA tanpa sebarang had.

novelplus

Applikasi NovelPlus ini boleh dimuatturun secara percuma di Google Play Store dan jugak Apple App Store. Selalu kalau disebut percuma, orang kita ini akan syak wasangka sikit dengan kualiti yang diberikan. Namun jangan risau kerana novel-novel di dalam applikasi NovelPlus ini semua power-power belaka. Tengok senarai novel yang “top” pun dah boleh tahu ke’best’an applikasi ini.

novelplus

Selain membaca, NovelPlus juga menyediakan platform untuk mereka yang bercita-cita menjadi penulis novel. Abang Nara pasti ramai di luar sana yang kreatif dan bercita-cita untuk menerbitkan novel sendiri. Tapi biasalah dunia penulisan ini bukan mudah untuk diceburi. Nak kena cari penerbit, proof readers, pelukis muka depan dan macam-macam lagilah. Dengan NovelPlus semua itu tidak diperlukan. Anda hanya perlu menghantar karya anda dan ia akan boleh dibaca oleh ribuan pengguna applikasi ini. Silap haribulan novel karangan anda akan jadi popular dan terus diadaptasi menjadi drama. Bukan ke best?
novelplus

Selain itu ada kita selaku pembaca juga boleh menyimpan sebagai koleksi perpustakaan peribadi dan menguruskan novel kegemaran mereka di rak untuk senang buat pilihan di masa hadapan. Kira macam ada rak buku sendiri la. http://www.novelplus.co juga turut menyediakan kesan khas kepada pengguna. Anda boleh menukar fon anda, kecerahan, membolehkan mod flip atau anda juga boleh melaraskan pembacaan anda ke dalam mod malam untuk membaca dengan lebih mudah sebelum tidur. Mana-mana yang sesuai dan paling best untuk keselesaan anda. Selain itu boleh juga kongsikan novel kegemaran anda kepada rakan-rakan, family tercinta, awek-awek dan pakwe-pakwe melalui sistem sharing NovelPlus.

novelplus

Kesimpulannya, kalau anda suka membaca dan ada niat untuk menjadi penulis novel, silalah muat turun applikasi NovelPlus hari ini juga. Abang Nara berani jamin anda akan puas hati dan tak berhenti membaca. Maklumat lanjut layari www.novelplus.co dan juga Facebook NovelPlus.


Comments are closed.

Loading...