Baca Surah Al-Kahfi Di Instagram, Alif Satar Terima Pujian Netizen

Hiburan

Baca Surah Al-Kahfi Di Instagram, Alif Satar Terima Pujian Netizen

Berkongsi sebuah video memaparkan dirinya membaca surah Al-Kahfi di laman Instagram sebelum berkunjung ke masjid untuk solat Jumaat, pelakon versatil Alif Satar raih pujian netizen.

Advertisement

Posting yang menonjolkan bakatnya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran itu mengundang perhatian pengikut di laman berkenaan selepas bacaan 10 ayat terawal tersebut kedengaran merdu.

Malah, entri itu juga meraih komen positif kerana bacaan tajwid serta makrajnya yang disampaikan olehnya dilihat hampir sempurna sehingga ada yang mendakwa ia menimbulkan rasa tenang di jiwa setelah mendengar alunan tersebut.

Sekadar informasi, Surah al-Kahfi amat digalakkan untuk dibaca oleh umat Islam pada hari Jumaat.

Hal ini demikian kerana, tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya, surah berkenaan difahamkan mampu menjadi benteng keimanan kukuh daripada fitnah dajjal.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...