Sebelum ini, pengacara terkenal AC Mizal tampil membuat kenyataan rasmi di media sosial susulan dakwaan dia tidak membayar gaji kepada para pekerjanya dan memberitahu syarikat penyiaran di bawah kelolaannya iaitu SukeTV akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang juga bekas pekerjanya itu.
Susulan daripada itu, personaliti TV, Myra Khan yang pernah bekerja di bawah SukeTV tampil memerli AC Mizal gara-gara kenyataan penafiannya itu.
“Baca skrip nampaknya” tulis Myra ringkas di Instagram Story.
Malah, terdapat beberapa bekas pekerja AC Mizal turut melakukan perkara yang sama dan mempersoalkan tindakan pengacara itu yang mendakwa kenyataan tidak membayar gaji hanyalah fitnah sedangkan ramai pihak berada dalam keadaan sukar kerana belum menerima gaji mereka sejak beberapa bulan yang lalu.
Antaranya, pengacara Deerina Sheikh turut memaklumkan keluarganya menjadi saksi bayaran gaji tertunggak yang dihadapinya.
Selama saya bekerja pun family saya menjadi saksi gaji tertunggak berbulan. Btw, Maybank2u saya tu rindu gaji Ogos. Tak baik cakap family saya fitnah. Harap bukti tu sahih la ya.
Terdahulu, AC Mizal didakwa tidak membayar gaji para pekerjanya selama tiga bulan selain hak-hak pekerja yang lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.