Baca Hampir 5 Buah Buku Sehari, Gadis 23 Tahun Ini Miliki Sebuah Kafe Buku

Gaya Hidup

Baca Hampir 5 Buah Buku Sehari, Gadis 23 Tahun Ini Miliki Sebuah Kafe Buku

Bila sebut tentang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), perkara pertama yang terlintas dalam fikiran mesti trend-trend hangat daripada aplikasi TikTok betul tak?

Maklumlah, pada waktu itu kan hanya media sosial saja yang menjadi bahan hiburan di kala kita duduk di rumah sepanjang hampir dua tahun dan kebanyakkan orang lebih gemar menghasilkan kandungan yang viral serta menghiburkan. 

Advertisement

Namun, berbeza bagi Dayana, dia mengambil peluang untuk menghasilkan kandungan di platform tersebut dan berkongsi tentang hobi membaca yang sehingga kini memberi inspirasi kepada golongan muda. 

 

Dayana Percaya Paksaan Adalah Salah Satu Solusi Terbaik Untuk Mendidik

Gadis berusia 23 tahun miliki kafe buku, hobi membaca novel

Pada peringkat awal remaja, Dayana telah didedahkan dengan bahan bacaan oleh arwah atuknya, Tan Sri Che Md Noor yang mana dia dipaksa untuk membaca surat khabar dan perlu menjelaskan apakah yang difahami daripada bacaannya. 

“Terima kasih kepada arwah atuk saya, tanpa dia mungkin saya tak akan terdedah dengan hobi membaca”

Novel pertama yang dibaca oleh Dayana pada usia 13 tahun adalah merupakan sebuah novel karya Cassandra Clare berjudul The Infernal Devices yang membuatkan dia terus jatuh cinta dan ingin mengembangkan lagi hobi membaca. 

Menariknya, memandangkan Dayana mula bersemangat untuk menjadikan membaca sebagai hobi, dia mengambil inisiatif untuk menonton komuniti Booktube di platform YouTube yang menceritakan tentang buku-buku yang mereka suka. 

Daripada situ, Dayana mula mengumpul duit berjumlah RM1 sehari daripada duit belanjanya sehingga cukup RM50 untuk membeli sebuah novel dan sehingga kini, dia telah mengumpul lebih daripada 2,000 buah buku novel. 

Dia turut berkongsi dia pernah membaca 5 buah buku dalam satu malam semasa tempoh PKP, namun memandangkan sekarang jadualnya agak sibuk, dia masih berjaya menghabiskan 1 hingga 2 buah buku satu malam.  

Awal-Awal Buat Hanya Untuk Berseronok Je, Tahu-Tahu Viral

Disebabkan minat yang terlalu mendalam, Dayana mengambil peluang untuk berkongsi tentang bahan bacaannya di platform TikTok semasa tempoh PKP. 

Pada awalnya, Dayana menghasilkan kandungan tersebut dengan niat untuk berseronok, namun disebabkan banyak video perkongsiannya mula viral, dia terus komited untuk berkongsi lebih banyak bahan bacaannya di platform tersebut. 

@orchidslibrary

Bookshelf Tour, this is the third time of me reposting because apparently, tiktok dislikes my voice. ? #bookshelftour

? original sound – Dear Dayana – Dear Dayana

Menariknya, disebabkan video perkongsian banyak yang viral, dia telah dijemput oleh salah sebuah syarikat buku terkenal, Popular untuk memberi ceramah dan program tersebut telah menerima sambutan hangat. 

Lebih menakjubkan, Dayana berkongsi komuniti membaca mula berkembang lebih luas semasa tempoh PKP disebabkan terdapat beberapa pempengaruh(book influncer) di platform tersebut turut berkongsi tentang bahan bacaan mereka, menjadikan ia satu trend pada ketika itu. 

 

Pendidikan Itu Masih Penting Untuk Masa Depan

Memandangkan sekarang ni masih hangat lagi topik tentang pendidikan, kami sempat bertanya pendapat Dayana terhadap isu ini. 

Menurut Dayana, sebagai seorang yang rajin membaca, pendidikan itu sangat penting dan dia percaya pendidikan itu boleh didapati di mana sahaja. 

Katanya, pendidikan itu sangat penting sebab ia boleh dijadikan sebagai backup dari segi peluang pekerjaan terutama buat mereka yang mengendalikan perniagaan tersendiri. 

Pada pandangan Dayana, sekurang-kurangnya jika perniagaan itu tidak menjadi seperti yang dirancangkan, sekurang-kurangnya masih lagi ada pendidikan untuk mendapatkan pekerjaan baru.

Alang-alang tu, Dayana sempat berkongsi tips untuk kekalkan membaca dan menjadikan ia sebagai sebuah tabiat, antaranya:

    • Perlu mewujudkan perasaan teruja untuk membaca serta mengenali buku-buku yang ingin dibaca dan menjadikan ia sebagai mindset
    • Baca blog dan tonton video tentang review buku seperti akaun-akaun Booktube
    • Senaraikan buku-buku yang diminati dan target apakah antara buku yang ingin dibaca

Dari Angan-Angan Kini Jadi Kenyataan, Dayana Miliki Kafe Buku

Gadis berusia 23 tahun miliki kafe buku, hobi membaca novel

Dalam temubual bersama Dayana, kami sempat bertanya tentang apakah yang membuatkan Dayana ingin membuka sebuah kafe dan dia berkongsi dia mendapat inspirasi untuk miliki sebuah kafe sejak kecil lagi. 

Dayana bercerita pada waktu itu, dia sedang menonton Wanita Hari Ini dan terlihat perjalanan seorang wanita membuka sebuah kafe mengikut minatnya dan dari situ, Dayana berazam untuk membuka kafe sendiri. 

Semasa PKP, sedang Dayana sekeluarga duduk di ruang tamu menonton television, ibu Dayana bertanya tentang perancangannya untuk membuka kafe memandangkan Dayana mempunyai pendapatan tetap hasil daripada mengendalikan program coaching sepenuh masa. 

Gadis berusia 23 tahun miliki kafe buku, hobi membaca novel

(Sebanyak 900 buah novel milik Dayana berada di rak ini)

Gadis berusia 23 tahun miliki kafe buku, hobi membaca novel

(Rak yang dipenuhi buku-buku daripada penerbit dan derma orang awam)

Alang-alang, Dayana juga mempunyai platform yang kukuh dari segi perkongsian bahan bacaan serta program coaching yang stabil, ia boleh dijadikan sebagai peluang untuk buka kafe berdasarkan buku dan amalan gaya hidup sihat. 

Pada saat awal membuka kafe, Dayana yang tiada latar belakang perniagaan mengambil inspirasi dan pengajaran daripada kedua ibu bapanya yang sudah berpengalaman dalam pengurusan perniagaan. 

Dayana turut berkongsi dia terlibat dalam proses penyediaan makanan dan minuman bersama ibunya bermula jam 3 pagi di mana mereka cuba menghasilkan makanan dan minuman tersendiri dengan motif untuk galakkan pengambilan makanan yang sihat. 

Apa yang membuatkan Dayana sangat teruja apabila membuka kafe sendiri adalah bukan saja dia dapat menghasilkan resepi sendiri, malah dia dapat memberi nama untuk setiap makanan dan minuman berdasarkan karakter novel yang dibaca. 

 

Berimpian Tinggi, Dayana Target Nak Buka 100 Cawangan Di Malaysia

Memandangkan Dayana memiliki sebuah kafe yang bukan saja menggalakkan orang ramai untuk membaca buku, dia juga berharap agar menu yang disajikan turut memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat. 

Oleh itu, Dayana berkongsi dia berimpian untuk membuka lebih kurang 100 cawangan kafe di Malaysia dan 5 cawangan di luar negara. 

Selain itu, gadis berusia 23 tahun ini turut berkongsi dia ingin komuniti coaching lebih meriahkan oleh golongan lingkungan umurnya supaya lebih mudah untuk menggalakan generasi akan datang untuk amalkan gaya hidup sihat. 

Akhir sekali, Dayana berharap agar komuniti membaca makin berkembang luas agar dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjadikan membaca sebagai satu hobi yang menyeronokkan. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...