Baru-baru ini melalui platform Threads, tular satu hantaran memaparkan video usahawan sensasi, Jofliam membuat reviu satu makanan yang telah menarik perhatian ramai.
Baca doa makan pun salah?
Video tersebut mendapat perhatian warganet selepas seorang individu menegur bahawa bacaa doa makan yang dibaca oleh Jofliam salah.
Kata sekolah agama tapi hurmm.. “Allahummabarik Lanaa” bukan “Allahummabarik kaana ” Lana maksudnya kami.
Dalam pada masa yang sama, individu itu turut menegur jangan salahkan siapa-siapa jika bacaan doa makan yang basic juga dibaca dengan salah.
“Budak tadika pun lagi pandai baca, buka aib sendiri”
Susulan hantaran tersebut sudah tular di platform terbabit, netizen rata-ratanya mengecam Jofliam dengan merasakan dia seolah-olah membuka aib sendiri kepada umum.
Bahkan, ada juga merasakan doa makan merupakan doa paling mudah tetapi usahawan itu tetap salah, sedangkan kanak-kanak juga boleh membacanya dengan betul.
Difahamkan, video yang dimuat naik oleh Jofliam itu telah pun dipadam selepas ramai tampil menegur.