Sedia maklum, pada malam Rabu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Permaisuri Agong Tunku Azizi berkenan mencemar duli membaca berita yang ditayangkan menerusi slot khas Buletin Diraja di saluran TV3.
Lebih susah daripada sampaikan titah ucapan
Menurut Al-Sultan Abdullah, beliau secara peribadi menyifatkan penampilan istimewa membaca berita buat kali pertama dalam televisyen sebagai kaku.
Bahkan, penampilan bersama Permaisuri Agong itu turut dikatakan jauh lebih susah jika hendak dibandingkan dengan menyampai titah ucapan.
Pembaca berita baca berita ❌
Agong & Raja Permaisuri Agong baca berita ✅ pic.twitter.com/zZGXOccl6D— tv3malaysia (@tv3malaysia) January 17, 2024
“Saya kaku, Permaisuri rileks..”
Dalam pada itu, beliau juga sempat memuji penyampaian berita Tunku Azizah yang sedikit rileks berbanding dengannya.
Baca berita semalam, saya begitu kaku. Permaisuri agak rileks. Mungkin dia (Tunku Azizah) sudah practice banyak kali.
Penampilan istimewa Agong dan Permaisuri Agong mencemar duli menyampai berita selama 15 minit di TV3 itu sememangnya meraih perhatian rakyat.