Penyanyi sensasi, Baby Shima sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas berkongsikan pandangannya mengenai keputusan kerajaan menjemput Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bulan hadapan.
Anggap kedatangan Trump beri manfaat untuk negara
Dapat dilihat melalui perkongisaan di Threads, Baby Shima atau nama sebenar, Nor Ashima Ramli berkata kedatangan Trump ke Malaysia tidak mungkin dapat menjejaskan perjuangan rakyat mempertahankan hak rakyat Palestin yang kini sedang ditindas.
Jaga kawan rapat, dan jaga musuh lebih rapat. Biarlah kerajaan terima dia datang tapi kita tetap tunjuk penentangan terhadap genocide.
View this post on Instagram
Tambahannya lagi, kehadiran Presiden AS ke negara ini kemungkinan dapat memberi beberapa manfaat kepada negara terutamanya untuk sektor ekonomi.
Ramai sokongan pandangan Baby Shima, dipuji matang
Jangan cuma jadi terpaling di media sosial tapi tak ada penyelesaian. Insya-Allah kerajaan tau apa yang di buat.
Hantaran yang dikongsikan di platform tersebut telah pun meraih perhatian warganet, di mana rata-rata memuji cara pemikiran Baby Shima yang semakin matang serta melihat peluang yang ada untuk kemajuan negara.