Baby Shima Kumpul Dana Bantu Peminat Terkesan Banjir, Jual Baju ‘Show’ Di TikTok

Hiburan

Baby Shima Kumpul Dana Bantu Peminat Terkesan Banjir, Jual Baju ‘Show’ Di TikTok

Mahu membantu peminat yang terjejas akibat bencana banjir, penyanyi Baby Shima mengambil inisiatif menjual baju terpakai miliknya menerusi aplikasi TikTok.

Keena Baby Shima
3 years ago

Artis 'Sendu' Turut Terima Tempias, Keena Mentor Minta Baby Shima Hentikan Publisiti Murahan

Advertisement

Menurut Shima, idea untuk mengumpulkan dana menggunakan platform media sosial itu timbul selepas dia melihat ada dalam kalangan peminatnya yang menjadi mangsa bencana alam tersebut.

Saya kumpul dana dengan menjual baju preloved di TikTok. Wang daripada hasil baju itu akan didermakan kepada mangsa banjir terutamanya peminat di Shah Alam dan Klang.

Memandangkan dia kini berada di kampung halaman di Johor, Shima memaklumkan yang jualan baju secara atas talian adalah cara paling mudah untuknya mengumpulkan dana secepat mungkin.

Tambah Shima, dia gunakan platform live di TikTok sejak dua hari lepas dengan menjual koleksi baju kesayangannya kerana masih belum berkesempatan untuk turun ke lokasi bencana.

Shima turut memberitahu bahawa ada puluhan baju show dan beberapa helai sweater yang masih baru serta belum sempat diapakainya telah berjaya dijual menerusi live tersebut.

Baby Shima

Terpulang kepada pengikut nak bayar berapa untuk setiap baju, kalau setuju dengan harga itu baru kita jual.

Ujar Shima lagi, dana terkumpul hasil jualan tersebut bernilai ribuan ringgit dan ianya antara salah satu cara dia membantu mereka yang terkesan walaupun kini berada jauh di Johor.

Dalam pada itu, Shima turut mengakui berasa gembira dan bersyukur kerana niat murninya itu dipermudahkan ramai pengikutnya menyokong usaha kecilnya itu serta turut sama membantu membeli baju-baju tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...