Melalui laporan Gempak, penyanyi sensasi, Baby Shima mengakui dia tidak mengetahui kenapa peminat perlu obses dengannya hinggakan mengugut mahu membunuh diri.
Rasa MV Island Boi tak berlebihan
Difahamkan, peminat lelaki berkenaan membuat ugutan sedemikian susulan tidak berpuas hati selepas Baby Shima berkongsikan single terbarunya, Island Boi.
Saya pun tak tahu kenapa dia cemburu dengan muzik video Island Boi. Tak over pun. Jadi saya tak tahu kenapa sampai dia ugut nak bunuh diri.
View this post on Instagram
“Sudah bunuh diri ke?”
Apabila ditanya apakah reaksinya selepas peminat mengugut seperti itu, Baby Shima secara berseloroh berkata,
Saya tertunggu-tunggu juga dia sudah sudah bunuh diri ke?
Bagaimanapun, beberapa saat selepas, penyanyi berkenaan mengakui berasa takut dengan ugutan bunuh diri daripada lelaki tidak dikenali itu.
Sebenarnya saya takut juga. Takut fikir kenapa sampai nak bunuh diri.