“Baby Dan Mommy Sihat” – Kandungan Cecah Enam Bulan, Raf Yaakob Dah Pilih Nama Anak Bermula Huruf R

Hiburan

“Baby Dan Mommy Sihat” – Kandungan Cecah Enam Bulan, Raf Yaakob Dah Pilih Nama Anak Bermula Huruf R

Mendedahkan kepada umum bahawa usia kandungan isterinya, aktres Mawar Rashid kini sudah mencecah enam bulan, pelakon dan usahawan popular Raf Yaakob akui amat bersyukur kerana isteri dan zuriat di dalam kandungan berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang masalah.

“Baby Dan Mommy Sihat” – Kandungan Cecah Enam Bulan, Raf Yaakob Dah Pilih Nama Anak Bermula Huruf R

Advertisement

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan netizen ketika ini adalah apabila Raf tampil memberitahu pengikutnya di laman Instagram bahawa beliau dan isteri kini sedang memikirkan nama anak.

“@mawarafjunior dah masuk enam bulan usia dalam kandungan Mekwa. Alhamdulillah so far semua okay, baby dan Mommy sihat je. Nama je masih duduk fikir-fikir lagi.”

Menurutnya, nama anak mereka ini juga bakal bermula dengan huruf R.

“Baby Dan Mommy Sihat” – Kandungan Cecah Enam Bulan, Raf Yaakob Dah Pilih Nama Anak Bermula Huruf R

“Sekarang dah ada RAYYAN, RAYSAA & RAFAEL. Cuba korang cadangkan nama yang bermula dari huruf “R” for baby boy or girl.”

Sekadar informasi, Mawar sebelum ini telah selamat menjadi isteri kepada Raf pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan itu, beliau dan suami telah dikurniakan dengan kehadiran putera sulung yang diberi nama Rafael pada 13 Mac 2019.

Selain itu, Mawar juga turut mempunyai dua orang anak tiri iaitu Rayyan dan Raysaa hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...