Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Baby Bump’ Masih Belum Kelihatan, Peminat Ramal Scha Alyahya Bakal Timang Bayi Lelaki

Kandungan sudah hampir mencecah lima bulan, pelakon cantik Scha Alyahya kelihatan semakin berseri dan cantik dek seri ibu mengandung.

Dia yang memuat naik sekeping foto menggayakan sebuah persalinan ungu berbunga kecil di ruangan Instagramnnya ternyata telah menarik perhatian peminat di luar sana.

Advertisement
View this post on Instagram

Sekali sekala ??

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Mana tidaknya, meskipun sudah hampir memasuk trimester ketiga, masih belum jelas ‘baby bump’ seperti kebanyakan ibu mengandung di luar sana.

Lalu, peminat tampil membuat spekulasi bahawa jantina cahaya mata yang bakal ditimang pasangan selebriti popular ini kelak merupakan bayi lelaki.

Terdahulu, suami Scha yang juga pelakon dan pengacara, Awal Ashaari telah mengumumkan  berita kehamilannya itu menerusi satu entri video di Instagram yang memaparkan anak sulung mereka, Lara Alana teruja kerana bakal mempunyai adik sambil memegang kit ujian kehamilan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top