“Babitkan Anak Untuk Lepas Dendam Kamu…” – Pakcik Hafidz Roshdi Bengang Dengan Shu, Perguna Anak Untuk ‘Marketing’ Bisnes

Trending

“Babitkan Anak Untuk Lepas Dendam Kamu…” – Pakcik Hafidz Roshdi Bengang Dengan Shu, Perguna Anak Untuk ‘Marketing’ Bisnes

Seorang lelaki dipercayai bapa saudara kepada pelakon Hafidz Roshdi bersuara dan menempelak isterinya, Shuhada atau Shu kerana dikatakan begitu lantang di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram, Adlan meluahkan rasa tidak setuju dengan apa yang dikongsikan Shu tentang kesihatan mental yang dilalui anaknya, Humairah dan pada masa yang sama meletakkan pautan untuk perniagaannya.

Advertisement

Bagaimanapun, Adlan berkata keluarga tidaklah menyokong kesalahan dilakukan kepada sesiapa namun berpendapat bahawa berkongsi di media sosial adalah tidak betul.

Pihak keluarga Hafidz mempunyai cara mereka sendiri di dalam urusan tersebut dan ianya tidak perlu menjadi urusan rasmi di dalam media sosial. Privasi. Period.”

Dalam pada itu, dia yang membahasakan dirinya uncle itu menyindir Shu dan berkata cita-citanya untuk menjadi pempengaruh sudah pun tercapai.

Uncle berdiam diri selama ini, kerana Uncle telah berjanji pada diri sendiri, jika cuma kamu mula membabitkan anak-anak Hafidz di dalam melepaskan dendam dan amarah kamu….

Dia turut berkata Shu mengganggu proses pemulihan kesihatan Hafidz dan memberi amaran kepadanya untuk tidak dapat merumitkan keadaan.

Kamu tahu bab anak-anak adalah paling mengusik jiwa Hafidz, maka kamu telah mencabar Uncle di dalam proses pemulihan kesihatan dan semangat diri buatnya. Kalau kamu tak dapat membantu. KAMU JANGAN MERUMITKAN!!!”

Adlan turut memberi peringatan di mana bermula hari ini dia akan memerhatikan segala tindak tanduk yang dilakukan oleh Shu.

1 year ago

"Dia Mimpi Ngeri Setiap Malam, 'Triggered' Bila Nampak Keluarga Bahagia" - Shu Dedah Humairah Jalani Rawatan Psikiatri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh!Media

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...