Drama Nur yang sedang ditayangkan di TV3 tidak kami nafikan cukup mantap baik daripada segi jalan cerita, pengarahan, skrip sehinggalah barisan pelakon yang hebat. Tidak hairanlah jika drama tersebut mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton.
Kebanyakkan babak dalam Nur mampu membuatkan ramai yang mengalirkan air mata dan tersentuh dengan setiap mesej yang cuba disampaikan apatah lagi diselit juga dengan beberapa hadis serta kata-kata yang menusuk tepat ke dalam jiwa. Namun, siapa sangka ramai yang akan ketawa terbahak-bahak saat menonton babak “sihir” sup bunjut semalam.
Penonton masih belum dapat “move on” bila teringatkan betapa yakinnya kakak kepada Adam iaitu Aisyah (lakonan Noorkhiriah) sanggup memasukkan tangannya dalam sup panas untuk keluarkan bunjut dan ingin membuktikan Nur sudah menyihir keluarga mereka.
Memang kelakar habis kan babak sup bunjut semalam? Memang mencuit hati betul, sudah lama rasanya kami tidak menonton drama yang betul-betul berkualiti. Tinggal tiga episod sahaja lagi sebelum drama Nur berakhir, macam tak sabar pula ingin lihat penamat drama yang paling epik dan sangat berkualiti karyanya.

The Blogler
June 10, 2018 at 12:20 pm
gosip..oh….gosip…
ahmad abu
June 10, 2018 at 4:27 am
eh eh sup bunjut pun dah mcm sihir dah ni.. sup bunjut kena tukar patern dah ni hahahhaahaha
Tah
June 9, 2018 at 11:53 pm
Lawak gila wehhh ….. sape tgk scene ni msti akn gelak… sbb tak sngka scene serius skelip mata brtukar jd funny http://diarianggun.blogspot.com/2018/06/kulit-wajah-rosak-akibat-kosmetik-dan.html?m=1
Ani
June 9, 2018 at 11:04 am
Despite of pelakon utama dia, Industri should iktiraf bakat Azhan rani (laki Aishah). Dia berlakon mmg terbaik. Dulu dia act cita 7 suami aku dah tabik. Lakonan dia buat kita geram sungguh dlm Nur.
Anonymous
June 9, 2018 at 12:06 pm
BETUL TU..pelaKON yang bawa watak antagonis ni la yang harus dipuji…bukan senang dia nak terima bawa watak yang sudah semestinya akan mengundang kecaman…
abg nak tegur
June 9, 2018 at 3:27 pm
kalau tanye aku smua bagus.cik mona bagus,zuki bagus,ustaz hamadi,adik ustaz adam, mak die.semua best,
Anonymous
June 9, 2018 at 10:32 am
sebelum crita ni start dah tak sabar nak tengok sbb ada amyra and syafiq, dah lama tggu gandingan dorang bdua sbgai hero heroin.. masa tu takdalah menaruh harapan tinggi yang cite ni best, sekali layan first week, memang melekat teruih.. bukti rakyat malaysia takdalah sangap sangat nak tengok crita hero heroin sweet pastu mesti anak orang kaya datuk datin, kalu merajuk terus book flight g UK la Dubai la…cite yg penuh nilai keagamaan dan nilai kekeluargaan pun jika diolah dgn baik, boleh trending abis2 tau… lagipun cite dia sangat dekat dgn kehidupan penonton.. mcm watak keluarga adam, bukanlah keluarga senang pun..kalau tak 100ribu senang2 je adam bagi marzuki…yang senang dalam tu keluarga deja je…tu pun cuma watak sampingan