Babak Sama Dengan Drama Korea, ‘Kisah Cinta Kita’ Tiru ‘Descendants Of The Sun’?

Hiburan

Babak Sama Dengan Drama Korea, ‘Kisah Cinta Kita’ Tiru ‘Descendants Of The Sun’?

Baru-baru ini, tular dalam aplikasi TikTok mengenai babak dalam drama bersiri, Kisah Cinta Kita yang dikatakan meniru babak drama Korea, Descendants of The Sun.

Menerusi babak berkenaan, pelakon utamanya, Aedy Ashraf yang memegang watak sebagai Amer dilihat menepis telefon bimbit yang dipegang Amelia Henderson sebagai Aleesa, kemudiannya disambut sebelah tangan.

Advertisement

Menerusi video TikTok dimuat naik oleh pengguna, video berkenaan menunjukkan perbandingan antara drama Descendants of The Sun dengan Kisah Cinta Kita dan ramai netizen mempersoalkannya.

Pengarah drama Kisah Cinta Kita, Rizal Baharudin menafikan meniru drama Descendants of The Sun lakonan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo itu.

 Jalan cerita drama Kisah Cinta Kita tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana K-Drama.

Jelas Rizal, dia sekadar menjadikan babak berkenaan sebagai inspirasi. Namun, jalan cerita keseluruhan drama Kisah Cinta Kita berbeza daripada Descendants of The Sun.

Walaupun drama terbitan A Aida Production itu dikatakan meniru, namun, Rizal tetap melihat komen diberikan netizen daripada sudut positif.

Info tambahan, drama Kisah Cinta Kita telah ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3 sejak 26 November lalu.

Now, We Are Breaking Up (Viu)
2 years ago

Sweet & Romantik, Ini 5 Siri Drama Korea Papar Percintaan Wanita Berusia & Lelaki Muda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...