Drama popular, Takdir Yang Tertulis nampaknya semakin menghampiri kemuncak apabila bekas teman lelaki Ruhila, iaitu Ean akhirnya bersemuka dengan Azlan. Ruhila juga telah menunjukkan reaksi terkejut apabila bertembung dengan Ean di pejabatnya bersama Juwita.
Ruzita Gadis ‘Bimbo’ Curi Tumpuan, Lawak Selamba Bikin Ramai Terhibur
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah babak Ean lakonan Alvin Chong, berlari mengejar peragut sedangkan dia memiliki sebuah kereta. Babak pelik itu menjadi bahan ketawa netizen apabila ramai yang mempersoalkan tindakan tidak logik Ean.
View this post on Instagram
Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin menerusi Instagram mengakui ketika babak itu dilakonkan, pihaknya langsung tidak menyedari ada kesilapan sehinggalah sesi suntingan berlangsung.
Katanya lagi, ketika penggambaran babak itu jam sudah menunjukkan pukul 12 dan mereka semestinya sudah mengantuk. Adui penat sangat tu!
Walau bagaimanapun, dia memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.