Babak ‘Panas’ Vanidah Imran Main Janggut Faizal Hussein Dikritik – “Semakin Berani Drama Melayu Sekarang”

Hiburan

Babak ‘Panas’ Vanidah Imran Main Janggut Faizal Hussein Dikritik – “Semakin Berani Drama Melayu Sekarang”

TULAR di media sosial mengenai adegan hangat melibatkan dua pelakon terkenal, Vanidah Imran dan Faizal Hussein, dalam drama Bidaah yang disiarkan di platform penstriman Viu.

Dalam adegan tersebut, Vanidah yang memegang watak Ummi Rabiatul berbaring di atas katil dan kelihatan menyentuh janggut Faizal Hussein, yang membawa watak Walid Muhammad, menggunakan kakinya.

Advertisement

Rakaman babak ini telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-ratanya menyatakan rasa kecewa dan kurang senang kerana adegan sebegini ditayangkan pada bulan Ramadan.

Semakin berani drama Melayu sekarang. Meremang tengok. Hilang rasa malu, tak takut dosa. Tolonglah buat cerita yang mendidik jiwa menjadikan masyarakat berakhlak mulia.

Selain itu, ada juga yang mula mempersoalkan hasil karya Erma Fatima, yang dikatakan sering menampilkan unsur lucah serta watak penunggang agama dalam drama terbitannya.

Erma Fatima ni asyik buat cerita tentang penunggang agama. Apa motif dia sebenarnya? Apa masalah dia sebenarnya? Nak gambarkan Islam ni teruk ke?

Selain adegan atas katil, satu lagi babak yang turut menjadi perbincangan adalah adegan yang memperlihatkan Fazlina Ahmad Daud meminum air basuhan kaki Faizal Hussein.

Bidaah, yang mula ditayangkan di Viu Malaysia pada 6 Mac lalu, diarahkan oleh Pali Yahya dan diterbitkan oleh produksi Rumah Karya Citra milik Erma Fatima.

Drama ini mengisahkan Hambali (Fattah Amin) yang berusaha membanteras ajaran sesat yang dipimpin oleh Walid Muhammad, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai jelmaan Imam Mahdi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zarina zainuddin tampar ira kaza
3 hours ago

"Terima Kasih Kak Wakilkan Kami.." - Video Zarina Zainuddin 'Lempang' Muka Ira Kazar Jadi Sorotan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...