Pelakon Yusuf Bahrin kembali mencuri perhatian warganet apabila muncul dalam sebuah babak drama yang memperlihatkan dirinya bersentuhan dengan pelakon wanita, sekali gus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang mengikuti perkembangan dirinya sejak awal.
Babak tersebut merupakan sebahagian daripada drama bersiri “Seindah Hujan Cinta” yang kini sedang bersiaran di platform penstriman Tonton. Dalam drama itu, Yusuf memegang watak sebagai Wassim dan bergandingan dengan pelakon wanita Ezzanie Jasny.
Namun, apa yang menjadi perhatian utama ialah babak yang menunjukkan Yusuf bersentuhan dengan pelakon wanita tersebut sesuatu yang berbeza dengan prinsip yang pernah ditegaskannya dahulu.
Rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut dan kecewa dengan perubahan pendirian Yusuf, memandangkan beliau sebelum ini pernah menyatakan dengan jelas bahawa dia tidak akan bersentuhan dengan pelakon wanita, apatah lagi selepas bergelar suami.
Netizen turut membandingkan sikap Yusuf yang kini dilihat semakin ‘longgar’ dengan prinsip awalnya yang pernah mendapat pujian ramai kerana menjaga adab sebagai pelakon Muslim.
Adegan tersebut mula tular di TikTok apabila pengguna memuat naik potongan babak dari episod drama itu. Video itu menerima pelbagai reaksi, termasuk yang menyatakan rasa kecewa kerana pelakon yang dahulunya tegas dalam soal batas pergaulan kini dilihat bertindak sebaliknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.