“Bab Potong Gaji, Laju” – MEF Usul Cadangan Gaji Pekerja WFH Dipotong Mengundang Kritikan Netizen

Berita

“Bab Potong Gaji, Laju” – MEF Usul Cadangan Gaji Pekerja WFH Dipotong Mengundang Kritikan Netizen

Baru-baru ini, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) telah membuat satu cadangan dimana, sesiapa saja yang memilih untuk bekerja dari rumah, gajinya seharunya lebih kecil daripada pekerja yang pergi ke pejabat.

Bukan itu saja, elaun perjalanan mereka turut akan dipotong dan ini diperkatakan sendiri oleh Pengarah Eksekutif, Shamsuddin Bardan sebagai langkah menjimatkan kos pergi balik ke tempat kerja.

Advertisement

Seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, jika ada syarikat yang mengambil langkah pemotongan ini, ia tidak seharunya banyak dan hanyalah diantara 10% hingga 12%.

Cadangan beliau ini tidak dipersetujui oleh beberapa pihak dan mereka rasakan satu langkah kebelakang kerana beranggapan bekerja dari rumah lebih banyak kos digunakan dan menggunakan tenaga lebih kerana kebanyakkan merasakan mereka sentiasa akan bersiap sedia sepanjang masa.

Bukan netizen saja bersuara, malah bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq juga mempersoalkan cadangan MEF ini dan merasakan ia merupakan tindakan yang tidak wajar untuk diambil.

komen twitter

MEF turut akui keputusan akhir pemotongan gaji ini bakal ditentukan sendiri oleh pekerja sama ada mereka mahu mahu menerima potongan elaun tertentu dan bekerja dari rumah, ataupun membuat keputusan untuk keluarkan kos perjalan dan bekerja di pejabat.

scammer baju raya
2 years ago

"Jangan Beli!" - Individu Kongsi Senarai 'Scammer' Jual Baju Raya, Ada Yang Dah Terkena?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...