“Bab Percintaan Mereka, Saya Tak Masuk Campur..” – Nabila Mendoakan Yang Terbaik Untuk Sharnaaz & Amelia, Persahabatan Tetap Kekal

Hiburan

“Bab Percintaan Mereka, Saya Tak Masuk Campur..” – Nabila Mendoakan Yang Terbaik Untuk Sharnaaz & Amelia, Persahabatan Tetap Kekal

Usahawan dan bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila tidak mahu masuk campur dalam hal percintaan antara bekas suaminya dan aktres Amelia Christie yang sedang hangat menjadi bualan kini.

 Cuma harapkan yang terbaik

Kata kakak kepada selebriti Neelofa ini, meskipun dirinya enggan mengulas tentang urusan mereka berdua, namun dia tetap mendoakan yang terbaik untuk Sharnaaz dan Amelia.

Advertisement

Tambahan pula, Nabila juga berkata dia dan anaknya, Jebat akan sentiasa menyokong Amelia dalam apa juga keadaan dan sudah menganggap Amelia sebagai salah seorang ahli keluarganya.

Bab ‘percintaan’ Sharnaaz dan Amelia, saya tak masuk campur. Bagi saya, kalau mereka tiada jodoh, nak buat macam mana, kita tak boleh nak lawan takdir kan.

 

Cuma saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka sama ada mereka bersama atau pun tidak.

 

Lagipun sekarang ini, Jayden memang lebihkan Amelia. Semua hal dia nak kongsi dengan Amelia dan kami ikhlas sayangkan dia macam keluarga kami sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Selesa berkawan dengan Amelia

Selain itu, ibu kepada anak tunggal ini turut mendedahkan dia selesa berteman dengan aktres itu. Baginya, Amelia seorang yang amat menghormati orang lain dan juga pandai membawa diri.

Ditambah pula, Nabila dapat mengenali Amelia dengan lebih dekat ketika mereka bersama-sama dengan Sharnaaz dan Jebat bercuti di Jepun tempoh hari.

Terus terang, saya suka cara dia bawa diri dan dia sangat menghormati orang. Sejak itu kami berhubung dan pergi bercuti bersama-sama di Jepun.

 

Jadi secara tak langsung saya boleh nampak keikhlasan dia, cara dia layan orang sekeliling selain pandai bawa diri hingga saya dah anggap dia macam adik sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad enggan mengulas tentang isu dirinya dan Amelia yang telah saling unfollow di Instagram. Katanya baru-baru ini, dia meminta agar orang ramai hanya mendoakan yang terbaik bagi mereka berdua.

amelia
10 months ago

"Tak Apa Lepas Ni Cari Bujang.." - Dah Sayang Seperti Anak Sendiri, Netizen Turut Sedih Tengok Video Amelia & Jebat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...