Siapa saja yang tidak kenal dengan usahawan hebat yang bernama Datuk Seri Aliff Syukri, di mana dia juga sering menjadi perhatian warganet susulan konten-kontennya di platform media sosial.
Biarpun kadang kala konten yang dimuat naik di media sosial mencetuskan kontroversi dan dianggap mengarut, tetapi itu merupakan gimik pemasaran untuk syarikatnya.
Produk syarikat Aliff Syukri dipuji
Baru-baru ini, nama Aliff Syukri tular di platform X, di mana terdapat seorang netizen memuji produk-produk keluaran syarikat usahawan ini yang bernama D’Herbs.
Kata individu tersebut, dia sangat kagum dengan hasil produk keluaran Aliff dan membuatkan ramai membelinya berulang kali.
Lebih baik fokus meniaga daripada menyanyi
Ciapan yang dimuat naik itu raih perhatian ramai, di mana rata-rata netizen setuju dengan pandangan individu itu dan lebih suka jika Aliff menjadi usahawan yang tenang berbanding penuh dengan kontroversi.